Pelakon dan pengacara, Amyra Rosli meluahkan rasa kebimbangan apabila suaminya, Amar Baharin mahu meneruskan misi berbasikal ke destinasi seterusnya, Hatyai, Thailand.
Artikel berkaitan: Amyra Rosli Keguguran, Tak Ada Rezeki Timang Cahaya Mata Ketiga – ‘Awak Singgah Sekejap Je Dalam Perut Mommy Lepas Tu Awak Pergi’
Artikel berkaitan: ‘Saya Tak Salahkan Penyondol’ – Amyra Rosli Salahkan Lelaki Punca Rumah Tangga Diganggu Orang Ketiga
Amar kayuh basikal
Menerusi satu hantaran di laman Instagram Story (IGs), Amyra atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati Rosli mendedahkan dia sukar untuk tidur malam kerana khuatir akan suaminya.
Saya rasa tidak boleh tidur malam ni.
Sebab, buah hati nak kayuh sampai ke Thailand esok (Selasa).
Doakan perjalanan suami saya.
Pelakon berusia 34 tahun itu juga sempat berseloroh mengatakan dia tidak merasa sedih kerana terpaksa berjauhan buat seketika.
Cuaca baik
View this post on Instagram
Menjengah ke Instagram Amar, difahamkan pada hari pertama dia dan rakannya, Coach Ady sempat berhenti di Kampar setelah berbasikal dengan jarak 70 kilometer (km).
Hari pertama alhamdulillah cuaca amat baik, kami ditemani oleh kawan-kawan dari Seven Cycle yang menghantar kami sampai ke Tanjung Malim.
Alhamdulillah semuanya baik-baik.
Hari kedua kami akan mulakan kayuhan dari Kampar sampai ke Bagan Serai dengan jarak 150 km.
Amar turut memohon orang ramai mendoakan agar perjalanan mereka dimudahkan dan selamat sampai ke destinasi.
Doakan perjalanan kami untuk hari kedua.
Sumber: Instagram