Selepas lebih sebulan kalah kes saman fitnah terhadap bekas suami, Johnny Depp, pelakon Hollywood Amber Heard mengutarakan hasrat ingin membuka semula fail bagi kes tersebut.
Selain itu, Amber juga memohon agar hakim bermula dari ‘kosong’, dan melupakan sesi-sesi perbicaraan yang pernah berlangsung sebelum ini.
Artikel Berkaitan: Amber Heard Tak Puas Hati, Warganet Pilih Kasih Sepanjang Kes Saman Fitnah Johnny Depp
Artikel Berkaitan: Kemenangan Johnny Depp Wakili Semua Lelaki Di Dunia
Kerjaya Johnny memang ‘goyah’
Memetik laporan TMZ, Amber dilaporkan membuat keputusan demikian atas dakwaan bahawa bukti-bukti yang pernah dikemukakan sebelum ini tidak kukuh, dan juri-juri sebelum ini adalah juri ‘palsu’.
Pihak guaman pelakon wanita itu telah memfailkan dokumen baru minggu ini, dan memohon agar hakim di mahkamah mengetepikan keputusan yang pernah mereka buat sebelum ini.
Menurut pihak guaman Amber, perbicaraan sebelum ini gagal untuk membuktikan dengan kukuh bahawa tuduhan Amber tentang keganasan yang dilakukan Johnny terhadapnya telah mencalarkan kerjaya seni bekas suaminya itu.
Peguam Amber berkata, kerjaya seni Johnny memang berada di hujung tanduk sebelum Amber membuat tuduhannya lagi, termasuk peranan aktor itu dalam francais Pirates of the Caribbean.
Barisan juri ‘palsu’
Dalam pada itu, Amber dan pasukan guamannya menuduh bahawa salah seorang daripada juri yang membuat keputusan pada perbicaraan tersebut adalah juri ‘palsu’.
Menurut mereka, juri yang tiba di mahkamah dalam sesi-sesi perbicaraan yang berlangsung sebelum ini, bukan juri yang sama yang hadir bagi membuat keputusan.
Pasukan Amber berkata, Juri #15 yang tarikh lahirnya adalah pada tahun 1945 itu kelihatan muda, dan seperti dilahirkan pada tahun 1970, dan memohon agar mahkamah menyiasat isu tersebut.
Sehingga kini, mahkamah belum membuat sebarang kenyataan terhadap tuntutan baharu itu.
Pihak guaman Johnny bagaimanapun berkata, mereka telah menjangkakan situasi ini bakal terjadi.
Sumber: TMZ