berita

Ambil Masa Setahun Hasil Menu Baharu Buat Pesakit Di Hospital, Impian Fazley Yaakob Tercapai

October 6th, 2022 | by Wani
Kini Trending

Penyanyi dan cef selebritu, Dato’ Fazley Yaakob meluahkan rasa teruja apabila impiannya untuk menghasilkan menu baharu buat pesakit di hopsital akhirnya tercapai.

Artikel Berkaitan: Mop Sendiri Muntah Anak Di Kedai, Tindakan Fazley Yaakob Raih Pujian Netizen

Artikel Berkaitan: Fazley Yaakob Makin Laris, Netizen Tuduh Guna Kabel Dapat ‘Job’

Artikel Berkaitan: Netizen Kritik Isteri Tindik Hidung, Fazley Yaakob Balas Balik – ‘Suka Hati Dialah, Kau Apa Hal?

Impian tercapai

Menurut Dato’ Fazley Yaakob, dia menerima tawaran daripada tiga hospital besar di Malaysia iaitu Pantai Hospital, Gleneagles Hospital dan Prince Court Hospital. Ujarnya lagi, dia mengambil masa lebih kurang setahun untuk menghasilkan menu baharu buat para pesakit di hospital berkenaan. Tambah Fazley, menu yang disediakan selama setahun itu semestinya mengikut kesesuaian pesakit dan sesuai untuk umum.

Semasa saya dalam persiapan membuat menu untuk pesakit di hospital, saya banyak bertanyakan kepada pengikut saya di laman sosial seperti makanan apa yang menjadi pilihan dan jemu untuk dimakan. Daripada tapisan yang dibuat, saya mengambil 10 daripadanya untuk dijadikan menu di hospital.

Di samping itu, Fazley turut memberitahu bahawa menu yang dihasilkan itu akan memberi pengalaman dan sinar kepada pesakit.

Menu baharu itu mungkin juga akan memberi semangat kepada pesakit untuk segera sembuh. Yang paling penting, pesakit tidak akan merasakan makanan yang dimakannya seperti makanan orang sakit.

Di akhir sidang media, Fazley menyatakan bahawa setiap hospital yang berkolaborasi dengannya akan disediakan dengan 3 jenis makanan yang berbeza.

SKIP THIS AD ×