berita

Fazley Yaakob Makin Laris, Netizen Tuduh Guna Kabel Dapat ‘Job’

June 13th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Penyanyi dan usahawan, Datuk Fazley Yaakob kerap kali menjadi target netizen di media sosial. Ada saja yang tidak kena di mata mereka.

Artikel Berkaitan: ‘Pernah Kena Penampar Tak Dengan Chopping Board?’ – Fazley Yaakob Geram Kena ‘Body Shaming’

Kuat betul kabel

Terbaru, Fazley mendedahkan satu ciapan dari seorang pengguna di Twitter yang menuduh dia mempunyai kabel sehingga berjaya bergelar duta pelbagai jenis produk makanan.

Individu terbabit kelihatan kurang senang melihat wajah penyanyi berumur 45 tahun terpampang di merata papan iklan.

Balas balik

Menjawab dakwaan itu, pemilik nama lengkap Ahmad Fadzli Yaakob menyatakan kejayaan yang diperolehi adalah hasil berkat doa yang tidak pernah putus daripada ibu dan isteri tercinta.

Memang kabel saya kuat! Kabel doa ibu dan isteri sehari lima kali yang wajib dan doa berkali-kali sambil masak, sambil tengok netflix, sambil kemas baju, sambil basuh pinggan.. Kabel memang kuat bhai!! Nak cuba kabel saya tak?

Sebelum ini, pelantun lagu Asmara Ini meluahkan rasa kesal terhadap segelintir masyarakat yang tidak menjaga sensitiviti apabila mengatakan badannya semakin berisi.

Sumber : Instagram @fazleyyaakob

SKIP THIS AD ×