Umum mengetahui, chef selebriti terkenal iaitu Chef Wan sentiasa menjaga dan mengambil berat mengenai tahap kesihatan ibunya yang sudah uzur. Terbaru, menerusi posting di Instagram, Chef Wan berkata dia berjaya mendapatkan ‘suite room’ di sebuah hospital swasta buat ibunya.
Mahu beri yang terbaik
Menurut Chef Wan, dia mengambil bilik tersebut kerana mahu seluruh ahli keluarganya mempunyai detik peribadi yang terakhir bersama ibu, Cik Ani. Tambah Chef Wan, ibunya kelihatan tenang dan tidak nampak sakit meskipun sudah terlantar di hospital. Bagaimanapun, kegagalan hati disebabkan pertumbuhan kanser yang besar telah membuatkan otak Cik Ani berada dalam keadaan keliru dan ‘hilang’.
Terdahulu Dr Nick unit penjagaan paliatif datang berjumpa saya. Dia berkata, mulai pagi tadi keputusan dan pemerhatian terhadap Cik Ani tidak mempunyai tindak balas dan dia berada dalam keadaan keliru. Ditambah pula kandungan sodium dan kalsium yang tinggi semuanya menunjukkan bahawa badan mak saya tak okay. Mulai sekarang doktor kata dia ada masa lagi dan mereka akan mula merawat kesakitannya. Dia akan tidur sehingga ke penghujungnya. Masa akan menentukan. Kami akan membuatnya selesa untuk perjalanan terakhir.
Di samping itu, Chef Wan berkata doktor melihatnya sangat tenang dan positif sebaik sahaja mendapat tahu mengenai situasi semasa Cik Ani. Ujar Chef Wan, doktor memberi pujian kepadanya kerana menjaga ibu dengan baik sekali.
Anda akan dapat menangani semua ini dengan baik tidak kira betapa hancurnya hati anda. Percayalah Tuhan ada untuk membantu anda mengurangkan kesakitan.
Terima dengan hati yang terbuka
Di akhir posting, Chef Wan mengakui bahawa sampai suatu masa dia akan kehilangan ibu tercinta. Oleh sebab itu, dia menerima segala yang berlaku dengan hati yang terbuka. Sebagai anak, Chef Wan bersyukur kepada Allah kerana mengurniakannya seorang ibu yang hebat, disayangi dan dihormati oleh ramai orang di luar sana.
Sumber: Chef Wan