berita

Ambil Tugas ‘Jaga’ Adik-Adik Selepas Kehilangan Ibu, Luahan Kanak-Kanak Ini Undang Sebak

March 18th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Nazri Ahmad

Kehilangan orang yang kita sayang lagi-lagi kedua ibu bapa sendiri merupakan momen yang paling sedih dan berat untuk diterima. Namun, sebagai hambaNya kita perlu akur dan reda dengan ketentuan yang telah ditetapkan.

Seperti perkongsian sedih yang dikongsi seorang bapa dikenali sebagai Nazri Ahmad, di laman Facebook berkongsi luahan anaknya yang begitu merindukan arwah isterinya. Namun, lelaki ini pada mulanya berasa kecewa kerana dia tidak lagi menjadi ‘telinga’ yang selalu mendengar luahan anaknya itu.

‘Indah nak macam dulu’

Foto: Nazri Ahmad

Menerusi tangkap layar perbualan Whatsapp, anak sulungnya yang dikenali Indah meluahkan rasa rindu akan kenangan-kenangan dulu bersama kedua ibu bapanya. Pada masa yang sama, dia turut meluahkan rasa ‘penat’ dalam menjaga adik-adiknya yang lain di samping perlu menjalankan tugas sebagai seorang pelajar sekolah. Tetapi, luahan tersebut diceritakan kepada orang lain.

Semalam baca whatsapp Indah.Tapi dia bukan whatsapp ke saya. Ke orang lain yang dia selalu mengadu sekarang ni selain saya. Hati retak seribu rasanya. Feels like a failed daddy. Saya di Cheras on the way ke Bangi semalam masa ni, dan sepatutnya lepas setel di Bangi ada niat nak jumpa kawan sekejap di situ yang mai dari Kulim.

Namun, si bapa mula ‘tersentak’ dan rasa dirinya gagal menjadi seorang bapa yang baik kerana anaknya telah berpaling ‘tadah’ dalam meluahkan isi hatinya.

‘Rasa macam Indah dah burn out

Foto: Nazri Ahmad

Jelas bapa kepada enam cahaya mata ini, apabila membaca luahan tersebut dia telah segera pulang ke rumah untuk berjumpa dengan anak-anaknya walaupun terpaksa merisikokan dirinya dengan memandu kerete dengan laju.

Tapi semua tu saya cancel. Perjalanan dari Cheras ke Bangi tu rasa macam jauh sangat. Dan dari Bangi patah balik ke Shah Alam tu speeding macam apa lagi. Lantaklah nak dapat surat speeding ka apa. Nak cepat-cepat ja sampai rumah. Rasa macam Indah ni dah burn out. Luluh ja hati ni. Dalam banyak anak, dia sorang ja yang betul-betul boleh buat abah jadi serba tak kena. Harapnya ada sinar di sebalik semua kesedihan dan ketidak pastian dalam nak adapt semua benda baru ni.

Pada masa yang sama, dia turut berasa sedih apabila membaca mesej seumpama tersebut, mungkin kerana anaknya telah lama ‘memendam’ perkara tersebut secara seorang diri. Difahamkan, isterinya meninggal dunia secara mengejut pada Februari yang lalu.

Bahagia itu kita cipta dan akan datang sendiri nanti in sha Allah.

Sumber: Nazri Ahmad

SKIP THIS AD ×