berita

‘Ambillah Segala Kerja Amal Ku Untuk Menemani Ibuku Di Alam Barzakh..’

November 8th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Ibu kepada pelakon terkenal, Datuk Aaron Aziz telah menghembuskan nafas terakhirnya malam tadi di sebuah pusat rawatan di Singapura. Berita sedih itu diumumkan sendiri oleh Aaron di Instagram rasmi miliknya.

Ibu Aaron meninggal dunia

Innalillahwainailaihirojiuun Ya Allah take all my pahala from all my Umrah trips dan Selamat kan lah Ibu ku Juriana Bte Jaafar dari seksa kubur Dan api neraka. Ambik lah segala kerja amal ku untuk menemani Ibuku di Alam Barzakh. Dan tempatkan lah Ibuku di antara hamba hamba MU yang akan menikmati Jannahtul Firdaus A’la. Allahummaghfirlaha warhamha wa ‘afihi wa’fuanha Love you Mummy more than anything in this world.

Menerusi perkongsian Aaron, dia telah memuatnaik foto seorang wanita, Juriana Bte Jaafar dengan memaklumkan insan tersayang yang digelarnya sebagai seorang ibu telah pergi menghadap Ilahi. Dalam kapsyen tersebut, Aaron sempat berdoa dan berharap agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan hamba yang beriman dan dijauhkan dari seksa kubur.

Sementara itu, berdasarkan laporan yang dipetik daripada Berita Harian, Aaron mengesahkan punca kematian Allahyarham. Difahamkan, Allahyraham meninggal dunia akibat serangan jantung.

Ya, Mummy meninggal dunia di hospital di Singapura akibat serangan jantung,

Salam takziah

Sumber: Datuk Aaron Aziz, Berita Harian

 

SKIP THIS AD ×