Siapa tak kenal Rozita Che Wan a.k.a Che Ta dan pasangannya, Zain Saidin memang layak digelar katak bawah tempurung.
Ha… Nak tahu kenapa kami target Che Ta & Zain confirm menang Couple MeleTOP! Nah, ini sebab-sebabnya!
1. I Kiss You. You Kiss Me. Baru Amerika!
Daripada zaman bercinta sampailah sekarang ada sahaja foto-foto panas yang bikin panas punggung haters. Aih. Biaq pi lah. Laki dia!
2. Che Ta & Zain Saidin Jutawan 1 Malam
Masih ingat majlis persandingan mereka yang mega meletop boom boom boom tu? Ha.. saja nak throwback sedikit informasi bahawa Wedding of The Year itu mendapat tajaan mencecah RM 13 Juta daripada Habib Jewels, Bianco Mimosa dan Man Kajang.
3. Makin Tua, Makin …… ( Isi Tempat Kosong)
Itu je kami nak cakap. Yang lain sila huraikan sendiri.
4. Itu Biceps ke Peha?
Dah dapat isteri mantap, mestilah Zain Saidin pun pasang badan dan ternyata hasilnya sangat membanggakan apabila biceps Zain menunjukkan pengembangan yang ketara.
5. Penjual Pekasam Paling Meletop
Kami rasa, watak yang paling diingati dan sinonim dengan Che Ta adalah Kiah Pekasam. Secara tidak langsung, ‘karya’ hebat tersebut telah menaikkan taraf business pekasam.
6. Romantik Macam 7E ( 24 Jam, 7 Hari Seminggu)
Mungkin mengaplikasikan slogan 7E, Che Ta dan Zain Saidin memang sentiasa lovey dovey. Jangan butthurt!
7. Hei, I Am The Real Superstar!
Dengan percampuran gen-gen daripada kedua ibu bapanya yang awesome, maka lahirlah si comel yang baru-baru ini kami nobatkan sebagai Rich Kids Of Malaysia paling muda.