Kisah percintaan antara bintang terkenal Indonesia, Jefri Nichol, dan personaliti popular Malaysia, Ameera Khan, kini menjadi perhatian ramai.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Lelaki Kalau Good Looking, Famous & Ada Segalanya.. Kalau Tak Playboy Saya Mungkin Akan Risau’ – Ameera Khan
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ameera Khan Dedah Mama Daddy Restu Pilihan Hati – ‘Jangan Mudah Menilai, Dulu Ingatkan Dengan Orang Baik Padahal ..’
Keintiman hubungan dan keterbukaan mereka berkongsi momen-momen manis kepada umum membuatkan nama mereka seringkali menjadi topik hangat di media sosial.
Kejutan Ameera untuk Jefri
Baru-baru ini, Ameera Khan sekali lagi menarik perhatian ramai apabila memberikan kejutan istimewa kepada kekasihnya, Jefri sempena hari jadi ke-26.
Kejutan tersebut berupa sebiji kek yang dihiasi dengan potret wajah Ameera serta sejambak bunga ros merah yang melambangkan cinta dan kasih sayang. Kek istimewa itu turut dihiasi dengan ucapan penuh makna, ‘Your Wish Come True’.
Dalam suasana penuh romantis itu, Ameera dilihat berbaring di sisi hadiah berkenaan sambil tersenyum sekaligus mencerminkan pasangan ini sedang sedang menikmati fasa bahagia dalam percintaan.
Terdahulu, adik kepada usahawan dan selebriti Neelofa itu dikatakan sedang hangat menjalinkan hubungan cinta dengan aktor dari Indonesia, Jefri Nichol. Ameera juga mendedahkan ibu bapanya juga sudah merestui hubungannya dengan Jefri.
Ameera dan Jefri dilapor pernah bercinta sebelum ini, namun, hubungan mereka dikhabarkan putus sekitar Oktober 2021 selepas dia tidak lagi mengikuti Jefri di Instagram.
Pada penghujung Mac tahun lalu, percintaan Ameera dan Jefri dikhabarkan kembali bertaut malah mereka kini semakin terbuka mendedahkan kemesraan di media sosial.
Sumber: Instagram Jefri Nichol