berita

Ameera Khan Dituduh Berjudi Lumba Kuda, Ibu Neelofa ‘Naik Hantu’ – ‘Ini Sangat Biadap’

September 13th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Baru-baru ini, adik kepada usahawan Noor Neelofa iaitu Ameera Khan menjadi bualan hangat netizen di media sosial selepas gadis itu berkongsi gambar menghadiri acara lumba kuda di Longchamp Racecourse, Paris.

Artikel Berkaitan: Ameera Khan Mandi Dalam Kolam Renang, Netizen Ceramah Bab Agama

Artikel Berkaitan: Ameera Khan ‘Sidai’ Coli Merah Di Balkoni, Netizen Tanya Mana Sifat Malu?

‘Ini sangat biadap..’

Menerusi hantaran tersebut, Ameera memuat naik foto serta kapsyen telah meletakkan pertaruhan dalam perlumbaan terbabit. Tidak dapat dipastikan sama ada ianya hanya sekadar guruan atau sebaliknya tetapi perkongsian tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen. Malah, ada pihak mendakwa Ameera terlibat dalam aktiviti perjudian perlawanan kuda.

Susulan daripada isu tular itu, ibu kepada pempengaruh sensasi itu iaitu Noor Kartini tampil menyelar tuduhan tersebut. Kartini juga meluahkan rasa terkilan dan kecewa dengan sikap biadap segelintir individu yang membuat tuduhan tidak berasas itu.

Ini sangat biadap, nak berniaga biarlah rezeki yang halal. Bukan sanggup fitnah sampai macam ni.

Menjengah ke ruangan komen, netizen meminta Kartini untuk menyaman pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah tersebut. Tidak kurang juga ada yang meminta Kartini menegur anak perempuannya itu supaya tidak membuat perkongsian yang boleh mengundang fitnah orang ramai.

Bagaimanapun, hantaran yang dimuat naik Kartini di Instagram pada Isnin lalu telah dipadam.

Fitnah di media sosial

Sumber: Noor Kartini

SKIP THIS AD ×