berita

Ameera Khan Mandi Dalam Kolam Renang, Netizen Ceramah Bab Agama

August 16th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

ameera khan

Adik kepada Neelofa dan personaliti media sosial, Ameera Khan sering menjadi sorotan mata warganet di media sosial. Setiap tingkah laku Ameera pasti akan menarik perhatian netizen.

Artikel Berkaitan: Ameera Khan ‘Sidai’ Coli Merah Di Balkoni, Netizen Tanya Mana Sifat Malu?

Artikel Berkaitan: ‘Ameera Kalau Dapat Lelaki Boleh Bimbing, Akan Jadi Seorang Isteri Yang Baik’ – Neelofa

Mandi dalam swimming pool

Ameera

Terbaru, Ameera sekali lagi menjadi bualan hangat dalam kalangan wargamaya apabila memuat naik gambar sedang berendam dalam kolam renang.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), influncer berumur 23 tahun itu juga kelihatan sedang ‘asyik’ menikmati pemandangan.

Agama tak boleh diwarisi

Ameera Khan

LMK

Semestinya, foto-foto tersebut menimbulkan rasa kurang senang memandangkan status Ameera sebagai adik ipar kepada pendakwah terkenal, PU Riz.

Di ruangan komen, pengikut memohon kepada pemilik nama Nur Ameera Khan untuk menghormati kakak, abang ipar dan ibu, Datin Noor Kartini.

Selain itu, netizen turut mendoakan agar Ameera dipertemukan dengan lelaki yang baik agar dapat membimbing ke jalan yang benar.

Meskipun dikecam, kecantikan asli gadis yang dikenali sebagai Little Miss Khan itu tetap meraih pujian.

Sebelum ini, Ameera mencetus kontroversi apabila berkongsi gambar bra yang digantung di balkoni di sebuah hotel yang terletak di Perancis.

Sumber: Instagram 

SKIP THIS AD ×