berita

Ameera Khan ‘Sidai’ Coli Merah Di Balkoni, Netizen Tanya Mana Sifat Malu?

May 17th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Adik kepada selebriti dan usahawan Neelofa iaitu Ameera Khan mencuri perhatian apabila memuat naik foto coli merah di Instagram (IG).

Artikel Berkaitan: ‘Mesra’ Video Call, Netizen Syak Ameera Khan & Jefri Nichol Dah Get Back?

‘Sidai’ bra merah

Menerusi hantaran itu, Ameera dilihat berkongsi gambar bra yang digantung di balkoni di sebuah hotel yang terletak di Perancis.

Dalam perkongsian tersebut, personaliti media sosial berumur 23 tahun itu hanya meletakkan beberapa emoji dengan lambang buah strawberi dan ciuman sebagai kapsyen.

Hidayah tak boleh dibeli

Tindakan itu mengundang kecaman daripada warganet yang rata-ratanya menyifatkan pemilik nama Nur Ameera Khan sudah hilang rasa malu.

Selain itu, ada juga segelintir menganggap ini sebagai ujian untuk Ameera dan mendoakan agar dikurniakan hidayah suatu hari nanti.

Bagaimanapun, hasil pemerhatian OhBulan!, gambar terbabit sudah dipadam dari akaun.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×