Semalam, pempengaruh media sosial iaitu Ameera Khan membuat kejutan dengan menghadiahkan sebiji kek dihiasi potret wajahnya serta sejambak bunga ros merah sempena ulang tahun kelahiran kekasihnya, Jefri Nichol.
Artikel Berkaitan: Ameera Khan Buat Kejutan Hari Jadi, Beri Kek & Sejambak Bunga Ros Merah Kepada Jefri Nichol- ‘Your Wish Came True’
Sambut ‘birthday’ Jefri
View this post on Instagram
Terbaharu, Ameera atau nama sebenarnya Nur Ameera Abdul Halim Khan berkongsi pula momen dirinya menyambut ulang tahun kelahiran Jefri di sebuah restoran di Indonesia.
Dalam momen yang begitu romantis itu, Ameera dilihat bergambar mesra bersama Jefri di hadapan dua potong kek yang turut terpampar tulisan ‘Happy birthday, sayang’.
Di ruangan kapsyen, Ameera juga memaklumkan bahawa Jefri akan selamanya menjadi ‘baby’ dalam kehidupannya meskipun sudah mencecah usia yang ke-26 pada tahun ini.
26 tahun (umur Jefri) but forever be my baby.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan doa agar hubungan percintaan Ameera dan Jefri akan berakhir ke jinjang pelamin.
Terdahulu, adik kepada usahawan dan selebriti Neelofa itu dikatakan sedang hangat menjalinkan hubungan cinta dengan aktor dari Indonesia, Jefri Nichol. Ameera juga mendedahkan ibu bapanya juga sudah merestui hubungannya dengan Jefri.
Ameera dan Jefri dilapor pernah bercinta sebelum ini, namun, hubungan mereka dikhabarkan putus sekitar Oktober 2021 selepas dia tidak lagi mengikuti Jefri di Instagram.
Pada penghujung Mac tahun lalu, percintaan Ameera dan Jefri dikhabarkan kembali bertaut malah mereka kini semakin terbuka mendedahkan kemesraan di media sosial.
Sumber: IG Ameera Khan