berita

‘Mesra’ Video Call, Netizen Syak Ameera Khan & Jefri Nichol Dah Get Back?

March 29th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Sebelum ini, selebriti media sosial Ameera Khan pernah dikaitkan hangat bercinta dengan pelakon kacak Indonesia, Jefri Nichol. Namun, sekitar Oktober 2021, kisah percintaan mereka dikatakan sudah terputus di tengah jalan apabila Ameera tidak lagi mengikuti Jefri di laman Instagram.

Jeffri video call Ameera?

Tetapi baru-baru ini, nama adik kepada usahawan Neelofa sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila Jefri telah meninggalkan satu komen di foto yang dikongsikan Ameera di Instagram. Susulan daripada itu, ramai beranggapan bahawa pasangan ini sudah berbaik memandangkan masing-masing sudah berbalas komen.

Terbaharu, tindakan Jefri membuat panggilan video bersama Ameera seakan menguatkan lagi kontroversi mengenai hubungan mereka. Menerusi siaran langsung di TikTok semalam, Rosix Omar bersama Ameera dalam perjalanan pulang dan tiba-tiba, Ameera yang duduk di sebelah pemandu menerima panggilan video. Pada awalnya, Rosix menyangka bapa Ameera yang menghubunginya rupa-rupanya, panggilan video tersebut adalah daripada Jefri.

Menerusi paparan skrin telefon Ameera, kelihatan wajah Jefri bersama rakan-rakannya berada di sebuah parti. Sebelum menamatkan panggilan, Jefri memberitahu akan menghubungi Ameera semula selepas dia pulang. Meskipun tempoh panggilan itu hanyalah beberapa saat sahaja, namun para peminat sudah mula mempersoalkan status hubungan mereka.

Video

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×