Personaliti media sosial Ameera Khan tidak perlu diperkenalkan lagi. Dalam kalangan adik beradik selebriti Neelofa, Ameera yang paling popular dan sentiasa mencuri perhatian wargamaya.
Artikel Berkaitan: Ameera Khan Bagi Emoji Love, Peminat Jefri Nichol Mula Patah Hati – ‘Dia Sangat Bertuah’
Artikel Berkaitan: Ameera Khan Pakai Tudung Nampak Rambut, Netizen Hargai Usaha Untuk Berubah – ‘Dia Dah Banyak Tutup Dari Dulu’
Kahwin tahun 2022?
Baru-baru ini, Ameera ada membuka ruang untuk pengikutnya menanyakan apa sahaja soalan di Ask Me Question. Antara soalan yang diterima dan dijawabnya adalah mengenai perkahwinan.
Tidak mengetahui identiti penyoal, Ameera, 21, ditanya sama ada dia sudah berpunya dan bila agaknya akan mendirikan rumah tangga.
Jawab Ameera atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan, dia merancang untuk menamatkan zaman bujang pada tahun 2022. Katanya lagi, dia sudah mempunyai tarikh perkahwinan dan cincin namun masih belum mempunyai calon suami.
Ameera turut memuat naik foto menggayakan sebentuk cincin emas putih bertakhtakan batu berlian.
Insya-Allah pada tahun 2022. Belum lagi tetapi cincin dan tarikh kahwin sudah ada, sedang mencari jodoh ketika ini. Saya cuma cakap tahun 2022 dan terus berdoa perkara tersebut akan terjadi.
Pentingkan agama daripada kekayaan
Ditanya sama ada lelaki berwajah kacak atau lelaki mempunyai kekayaan, pemilik nama Nur Ameera Khan tidak memilih pilihan yang diberi. Menurut Ameera, dia mengimpikan seorang lelaki yang patuh dengan perintah Allah.
Dalam pada itu, gadis yang mempunyai 1.4 juta pengikut di Instagram (IG) turut berkongsi satu pesanan yang paling terbaik pernah diberikan oleh Neelofa.
Jangan biar sesiapa (khususnya kaum lelaki) menyuruh melakukan sesuatu hal atau menghalang melakukan perkara yang anda suka.
Ini merupakan nasihat paling terbaik kerana kadang-kadang saya juga boleh menjadi seorang yang tidak bijak.
Sebelum ini, timbul desas-desus wujud bibit cinta antara Ameera dan pelakon kacak Indonesia, Jefri Nichol apabila mereka dilihat saling berbalas komen di Instagram.
Tidak bertahan lama, Ameera kemudian dilihat tidak lagi mengikuti Jefri di Instagram dan bertindak memadam semua komen di gambar pelakon filem Kuntilanak itu.
Sumber: Instagram @littlemisskhan