berita

Ameerais Nafi Forteen Bermasam Muka Dengan Izzue Islam, ‘Noktah Epilog Cinta’ Bukti Hubungan Masih Baik

February 12th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Forteen

Anggota kumpulan Forteen, Ameerais meluahkan rasa syukur apabila bekas ahli kumpulan tersebut iaitu Izzue Islam bersetuju untuk berkolabrasi dalam lagu terbaharu berjudul Noktah Epilog Cinta.

Artikel Berkaitan: ‘Jika Mereka Perlukan Khidmat Saya, Saya Sentiasa Terbuka Untuk Bekerjasama’ – Izzue Islam

Artikel Berkaitan: ‘Kami Hubungi Izzue & Berbincang Secara Baik’ – One Forteen

Hubungan masih baik

Forteen

Ketika ditemui OhBulan! Ameer berkata buah tangan terbaharu itu sebagai hadiah kepada peminat yang selama ini merindui gandingan mereka berempat.

Idea untuk buat projek ini sudah lama, tidak silap saya sejak awal tahun lalu. Sebab sudah lama tidak keluarkan single. Jadi kiranya ini masa terbaik untuk buat kemunculan semula.

Ketika berbincang sesama Forteen, rasa tak lengkap kalau hanya bertiga, jadi kami ajak Izzue Islam sekali untuk jayakan projek ini. Dia pun setuju dan berminat, kami lakukan ini semua demi peminat. Alhamdulillah syukur.

Semua sedia maklum, Izzue sudah buat haluan dia dan tidak bersama Forteen lagi. Nama tidak penting, yang menjadi keutamaan adalah keberadaan kami berempat.

Ameer berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Maha Buffet 2024, yang diadakan di Restoran Mak Kimbong, Bangi, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Ameer menyangkal dakwaan segelintir pihak yang mendakwa Forteen bermasam muka dengan Izzue.

Tidak pernah ada masalah antara Forteen dengan Izzue. Siapa yang sentiasa mengikuti kami, mereka pasti tahu yang kami tiada langsung masalah dengan Izzue. Kami dari dulu masih baik, tiada ura-ura kami bergaduh.

Hubungan kami memang akrab, tidak perlu kami tunjukkan dalam sosial media. Akan ada masa kami keluar makan bersama dan lepak.

Sementara itu, ketika disoal adakah mempunyai perancangan untuk mempelawa Izzue kembali bersama Forteen, Ameer menjawab dia menyerahkan keputusan itu kepada Izzue sendiri.

Insya-Allah, itu terserah kepada tuan badan (Izzue). Kami mahu keluarkan lebih banyak lagi lagu bersama.

Perancangan untuk pujuk Izzue kembali belum ada, insya-Allah kita serahkan pada aturan-Nya.

Kalau ada rezeki kerja dengan Izzue, mengapa tidak kan. Kali terakhir buat persembahan sebagai Forteen berempat ketika Gegar Vaganza. Selain itu, kami hanya keluar lepak sahaja.

SKIP THIS AD ×