Pelakon Amelia Henderson akui terkejut apabila membaca berita mengenai dirinya yang dikatakan bakal mendirikan rumah tangga bersama aktor Aedy Ashraf dalam masa terdekat.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ukur Lilit Session’ – Aedy Ashraf Tempah Baju Nikah?
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Amelia Henderson Panggil Aedy Ashraf ‘Sayang’?
Berita kahwin
Ketika ditemui OhBulan!, Amelia berkata dia turut terhibur apabila mendengar khabar angin tersebut yang tular dalam media sosial, baru-baru ini.
Saya kadang-kadang rasa terhibur dengan netizen. Apabila saya baca ada yang kata saya bakal kahwin dengan Aedy, saya macam ‘eh aku tengah shooting sekarang’.
Saya terkejut masa baca, berita itu pula ibu saya yang bagi. Kemudian saya hantar pada Aedy dan dia pun sama terkejut.
Amelia berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan drama One Million Dollar Voices yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur pada Rabu.
Dalam pada itu, Amelia atau nama sebenarnya Amelia Thripura Henderson berkata dirinya selesa berkawan dengan Aedy selain menyifatkan aktor itu seorang yang sangat memahami.
Mungkin ada yang tahu, kami berdua sangat rapat, kami ada fantastic relationship dari dulu sampai sekarang. Aedy seorang yang sangat memberi sokongan pada saya, bersyukur dia ada dalam kehidupan saya.
Dalam ramai-ramai orang yang saya jumpa, dia sangat baik dan boleh memahami kedudukan saya.
Akan umum kelak
Sementara itu, disoal apakah status sebenar hubungan mereka berdua, Amelia berkata dia akan umumkan kepada khalayak ramai sekiranya ada berita gembira yang ingin dikongsikan.
Kalau ada apa-apa ingin diumumkan tentang hubungan kami, saya akan umumkan. Bukan netizen yang umumkan.
Saya tidak mahu jawab apa status hubungan kami, kerana ia adalah sangat privasi untuk saya dan Aedy sendiri. Selagi tiada apa yang kami umum, saya sendiri tak tahu macam mana nak jawab.
Saya faham semua orang ingin mengetahui status hubungan kami dan kami sendiri yang membuka ruang kepada netizen kerana muat naik gambar dan video kami di media sosial.