Sebelum ini, ciapan sedih daripada pelakon Aedy Ashraf mencuri perhatian warganet apabila menggambarkan Renjana (panggilan Aedy kepada Amelia) sudah menjauhkan diri.
Artikel Berkaitan: Kongsi Ayat Sedih & ‘Unfollow’ Di Instagram, Hubungan Aedy Ashraf & Amelia Henderson Dah Berakhir?
Luahan perasaan
Terbaharu, giliran aktres Amelia Henderson pula seakan memberi bayangan hubungan percintaan mereka sudah berakhir menerusi laman Twitter, pada Isnin.
Menurut Amelia, 27, dia sudah mencuba melakukan yang terbaik namun akhirnya diri sendiri yang terluka.
Why is it that trying to be nice and do the right thing only ever gets me hurt? (Mengapa mencuba untuk menjadi baik dan buat benda yang betul hanya membuatkan diri saya terluka?)
Dalam hantaran yang berbeza, pemilik nama lengkap Amelia Thripura Henderson akui sudah letih untuk terus berpura-pura.
Cari kebahagiaan dengan cara sendiri
Luahan tersebut menarik perhatian golongan peminat yang risau dengan situasi Amelia dan Aedy. Rata-ratanya menitipkan kata semangat untuk model jelita ini di samping mendoakan agar urusan dipermudahkan Allah SWT.
Pada 27 Mac lalu, tular video yang memaparkan Aedy melutut melamar Amelia sebagai kekasih hatinya di sebuah acara festival makanan di Bukit Jalil.
Difahamkan, pasangan pelakon ini mula rapat selepas digandingkan bersama dalam sebuah drama terbitan TV3 berjudul Kisah Cinta Kita.
Sumber: Twitter @ameliath