Sebelum ini, nama dua pelakon popular iaitu Amelia Henderson dan Aedy Ashraf menjadi bualan hangat di media sosial selepas tindakan Aedy melamar Amelia menjadi teman wanitanya di hadapan khalayak ramai pada sebuah acara festival makanan yang berlangsung Mac lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aedy Ashraf Buat Kejutan, Lamar Amelia Henderson Depan Peminat – ‘2 Tahun Saya Tunggu Awak’
Artikel Berkaitan: Lamaran Bukan Gimik, Aedy Ashraf & Amelia Henderson Tak Ada Masa Nak ‘Dating’
Kongsi ayat sedih di Twitter
Tak dinafikan, tindakan spontan Aedy melamar Amelia secara tidak langsung mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat mengenai status hubungan mereka malah ramai beranggapan bahawa pasangan pelakon ini sedang hangat bercinta. Namun baru-baru ini, ciapan ‘ayat sedih’ yang dimuat naik oleh pelakon kacak berusia 29 tahun itu telah menarik perhatian ramai.
Guess its true when they said ‘some people are only meant to be in our memories’
Netizen berpendapat bahawa ayat yang ditulis Aedy seakan memberi bayangan hubungannya bersama Amelia sedang mengalami masalah. Malah para peminat turut mendakwa kemungkinan mereka kini sudah berpisah dan tidak lagi menjadi pasangan kekasih. Tidak terhenti di situ, mereka juga mendakwa bahawa Aedy dan Amelia sudah tidak mengikuti antara satu sama lain di Instagram.
Bagaimanapun, Aedy dilihat memilih untuk mengunci mulut dan langsung tidak memberi apa-apa respon mahupun membalas pertanyaan netizen di Twitter mengenai status hubungannya bersama Amelia.
Komen netizen
Sumber: Twitter Aedy Ashraf