Pelakon dan pengacara, Amelia Henderson akan memastikan konten yang disajikan menerusi saluran podcast yang dikendalikan olehnya iaitu Studio Sembang tidak menyentuh sensitivi tetamu yang dijemput.
Artikel Berkaitan: Aedy Ashraf Pilih Amelia Henderson Sebab Peribadi Baik, Bukan Cantik Semata – ‘Saya Rasa Selamat & Tenang’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kita Pakai Cantik, Dia Boleh Pakai Hoodie Dengan Seluar Pendek Ja?’ – Ain Edruce Kongsi Detik ‘Blind Date’ Dengan Amirul
Keselesaan tetamu
Ketika ditemui OhBulan!, Amelia berkata dia amat mengutamakan keselesaan tetamunya dan akan menapis sebaik mungkin sesuatu konten sebelum dimuat naik dalam media sosial.
Betul (akan pastikan tiada konten kontroversi). Untuk Studio Sembang kami ada satu ‘solid censorship’ (tapisan yang kuat) di mana sebelum episod itu dimuat naik, pasukan saya akan hantar kepada tetamu tersebut terlebih dahulu.
Mereka (tetamu) akan lihat sama ada okay atau tidak. Malah kami pernah banyak kali potong konten yang dibuat sebab tetamu rasa ada atau konten yang kurang sesuai untuk dikongsikan kepada umum.
Kerana saya percaya tidak elok untuk pihak saya jika muat naik sesuatu konten yang buat tetamu saya tidak berasa selesa.
Memotong bahagian sensitivi tidak bermakna konten itu tidak seronok, tetapi lebih menjaga keselesaan tetamu. Jika muat naik yang kontroversi itu tidak baik.
Amelia berkata demikian ketika ditemui pada sidang media drama bersiri i.D yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur, pada Selasa.
Melanjutkan bicara, aktres berusia 28 tahun itu berkata dia tidak akan ‘menunggang’ gosip yang terpalit dengan tetamunya demi meraih jumlah tontonan yang tinggi.
Saya tidak mahu berlaku situasi yang mana mungkin boleh dapatkan sejuta tontonan kerana ‘menggunakan-gunakan’ tetamu saya. Itu sangat malas.
Saya percaya banyak lagi pengalaman hidup yang dilalui tetamu saya untuk mereka kongsikan dan jadikan pengajaran buat penonton.
Saya lebih tertarik fokus pada itu (pengalaman) daripada gosip murahan peribadi yang tidak ke mana. Perkara itu juga tidak elok untuk saya sendiri yang bila saya balik rumah nanti akan rasa tidak sedap hati.
Sementara itu, ketika ditanya individu bagaimanahkah yang layak untuk mengendalikan saluran podcast, Amelia menjawab dia tidak berhak megulas mengenai perkara tersebut.
Saya tak rasa saya adalah orang sesuai untuk jawab siapa yang layak untuk kendalikan podcast atau tidak. Apa yang saya buat adalah fokus dengan podcast saya sendiri sahaja.
Tetapi secara peribadi saya percaya sesiapa yang ada platform tersebut pastinya pengikut mereka mahu mereka bertanggungjawah dengan apa yang dimuat naik.