Di Instagram, pelakon Amelia Henderson dilihat meninggalkan ucapan ‘happy birthday‘ buat Aedy Ashraf, semalam.
Artikel Berkaitan: Amelia Henderson Kekok Di Dapur? Aedy Ashraf Tak Kisah – ‘Saya Pandai Masak’
Happy birthday
Selain memberi ucapan sempena ulang tahun kelahiran, pelakon ‘Rindu Yang Terindah’ ini turut berkongsi beberapa keping foto ‘mesra’ dirinya ketika bersama Aedy.
Menerusi pemerhatian OhBulan! di ruangan komen, Aedy mengucapkan terima kasih buat Amelia kerana mencipta kenangan indah bersamanya.
Di samping itu, rata-rata rakan artis dan netizen merasakan pasangan ini sangat serasi dan sempurna antara satu sama lain. Justeru itu, mereka berharap Aedy dan Amelia akan mengumumkan sesuatu yang baik tidak lama lagi.
Sumber: Amelia Henderson