berita

‘America Need You Man!’ – Trump & Isteri Positif Covid-19, Jalani Kuarantin Serta Merta

October 2nd, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan isterinya, Melania disahkan positif Covid-19. Berita tersebut telah disahkan oleh Donald Trump sendiri menerusi akaun Twitternya.

Suami isteri positif

Menerusi perkongsian tersebut, Trump dan isterinya dilaporkan mengambil ujian saringan selepas seorang penasihat kanan kepada presiden itu, Hope Hicks disahkan positif virus berkenaan.

Malam ini, @FLOTUS (Melania Trump) dan saya disahkan positif Covid-19. Kita akan menjalani kuarantin dan proses pemulihan dengan serta-merta. Kami akan menghadapinya bersama-sama.

Penasihat kanan, Hicks yang berusia 31 tahun difahamkan sering mengembara dengan Trump. Mereka telah berjumpa beberapa kali minggu ini dan menaiki kapal Marine One bersama bagi menjayakan kempen pemilihan presiden. Selain itu, individu itu turut bersama Trump ketika presiden itu dalam perjalanan ke Debat Presiden di Cleveland, Ohio, Selasa lalu.

America needs you both!

Sumber: CNN

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×