Peguam dan personaliti media sosial, Aminahtul berkongsi pengalaman menghantar kesemua stafnya menunaikan ibadah umrah dua tahun lalu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Peguam Ulas Tindakan Nubhan Didakwa ‘Ceroboh’ & Pindah Barang Dr Afifah Tanpa Izin – ‘Dia Perlu Buat Permohonan’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tun Laila Beri Tips Rumah Tangga, Cara Mudah Tambat Hati Suami – ‘Buat Baik Dengan Keluarga Mentua’

Bawa staf tunaikan umrah

Menerusi perkongsian di Threads, Aminahtul memaklumkan keputusan tersebut pernah dipersoalkan apabila ada yang menganggap tindakannya itu sebagai satu pembaziran.

Menurut Aminahtul, perkara itu merupakan pengalaman pertama buat kesemua stafnya membawa ibu bapa bersama ke Tanah Suci.

Tak bazir ke hantar staff pergi Umrah? Saya pernah dapat soalan ni dua tahun lepas masa saya hantar semua staff saya ke Tanah Suci.

Itu perjalanan pertama mereka semua. Ada yang bawa mak. Ada yang bawa ayah.

Tambahnya, wang yang dilaburkan untuk membiayai perjalanan tersebut dibalas dengan kakitangan yang baik sekali gus menyifatkan perkara itu sebagai ganjaran paling bermakna buat dirinya sebagai seorang majikan.

Dalam pada itu, Aminahtul akui dirinya bukan seorang yang berada dari segi kewangan namun memilih untuk bertawakal kepada Allah ketika mengambil keputusan menghantar para staf menunaikan ibadah umrah sebelum ini.

Nak tahu duit belanja Umrah mereka Allah gantikan dengan apa? Allah bagi saya staff yang tak berkira, staff yang sangat rajin bekerja. Staff yang setia.

Staff yang menghargai dan sangat berdedikasi dan itu adalah hadiah paling berharga yang saya dapat sebagai majikan.

Saya tak banyak duit pun. Even masa saya send staff pun saya tawakal je. Allah Maha Mengetahui.

Sumber: Threads @aminahtul_marrdiah