Pelakon meningkat naik, Amir Ahnaf menepis dakwaan yang mengatakan dia mula bersikap sombong dan keras kepala.
Artikel Berkaitan: Amir Ahnaf Jawab Tuduhan ‘Sailang’ Anna Jobling Daripada Meerqeen – ‘Saya Tak Merampas Dia Dari Sesiapa’
Artikel Berkaitan: Muat Naik Video Bersama, Netizen ‘Approve’ Amir Ahnaf Dengan Anna Jobling – ‘Ini Sesuai Sangat’
Keras kepala?
Ketika ditemui OhBulan!, Amir berkata dia tidak mampu untuk menutup mulut semua pihak yang sering bercakap mengenai dirinya.
Jelas Amir, berkemungkinan ketika dia terlihat sombong disebabkan keadaan diri tidak begitu sihat atau mahu bergegas pulang.
Saya hanya jadi diri sendiri sahaja, jika saya ingin tegur saya akan tegur, kalau nak bercakap dengan orang saya akan bercakap. Mungkin waktu dikatakan saya sombong itu, saya tidak sihat atau mahu balik awal dari event.
Itu semua adalah sebab-sebab yang saya ada, saya ada kerja keesokan harinya mungkin orang tidak tahu.
Mungkin waktu itu ada orang yang rasa saya keras kepala tapi dalam masa sama ada yang rasa saya sweet ketika itu. Saya tidak boleh potong cakap orang, dia nak kata apa pun katalah.
Amir berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media drama Gamers Mangkuk yang diadakan di Dadi Cinema, Pavillion Bukit Bintang, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Amir berkata dia terkejut mendengar dakwaan tersebut dan menjelaskan dirinya mahu melayani semua orang dengan sebaik mungkin.
Saya pernah dengar banyak kali tentang itu. Saya adalah manusia yang sangat easy going, nak borak topik apa boraklah. Saya pun agak terkejut bila orang keluarkan perspektif sedemikian terhadap saya.
Saya kalau boleh nak layan semua orang termasuk peminat yang ada depan mata saya. Ambil gambar dengan peminat dan sebagainya. Namun kalau ada arah yang menghalang, saya tidak dapat nak layan mereka.
Sementara itu, pelakon drama High Council itu turut memohon maaf kepada semua pihak sekiranya dia pernah melakukan silap sama ada sengaja atau tidak disengajakan.
Apa yang orang maki itu adalah diri saya yang sedang melalui proses kehidupan, liku-liku yang sedang saya lalui. Saya mungkin banyak buat salah, saya minta maaf kalau ada khilaf pada semua.
Saya sedikit sedih dengan penerimaan orang Malaysia dengan kehadiran saya dan rakan-rakan dari drama High Council. Ada pelapis yang akan menggemparkan industri tanah air.
Kehadiran kami bukan mahu rempuh barisan lama, kami datang hanya mahu gabung dengan mereka. Saya tak mahu orang lama fikir saya caras kerja mereka.