berita

Amir Ahnaf, Nora Danish & Atiqah Hasiholan Bintangi Filem Seram ‘The Parcel’

July 28th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

The Parcel

Rumah produksi Malaysia, 4WARD Pictures bakal tampil menerusi sebuah filem seram terbaharu berjudul The Parcel selepas sukses dengan sebuah filem seram terdahulu iaitu Rumah Iblis.

Dibintangi oleh Atiqah Hasiholan dan beberapa bintang ternama Indonesia lainnya, The Parcel yang diarahkan oleh Andi Bachtiar Yusuf itu sudah pun memulakan penggambaran bermula 27 Julai di beberapa lokasi di Jakarta, Indonesia.

Artikel Berkaitan: Fasha Sandha & Nora Danish Bergambar Satu ‘Frame’ Di Rumah Jejai, Bersatu Demi Anak-Anak

Filem seram

The Parcel

Menurut Eksekutif produser 4WARD Pictures, Nashrul Nasir dan Alif Nabil berkata mereka mempunyai alasan tersendiri mengapa pihaknya memilih untuk mempersembahkan filem seram di negara jiran.

Filem horor (seram) mempunyai nilai yang besar berdasarkan kepada permintaan daripada penonton. Naskhah sedemikian masih diminati dan mudah difahami berdasarkan kepada penceritaannya.

Malah 4WARD Pictures merasakan wujudnya persamaan budaya dan nilai antara dua negara serumpun, Malaysia dan Indonesia. Kami juga mendukung filem-fikem berkualiti yang ditayangkan di kedua-dua negara.

Sependapat dengan Nashrul, Alif juga melihat Indonesia banyak menawarkan keunikan dan keistimewaan dalam konteks sebuah karya filem.

Dari dulu kami juga sangat minat dengan filem Indonesia dan kini kembali berkesempatan untuk mencipta nama berkembangan di Indonesia.

Sesuai dengan karakter utama

Atiqah Hasiholan

Berkongsi mengenai pemilihan Atiqah Hasiholan sebagai pelakon utama The Parcel, Nashrul menjelaskan pihaknya telah melakukan ‘reset’ dan uji bakat bagi mendukung watak yang diperlukan.

4WARD Pictures memang mencari bintang yang mampu menyampaikan karakter utama sesuai dengan situasi dan Atiqah dilihat mampu memberikan apa yang diperlukan.

Iaitu daripada segi ciri-ciri, imej, kriteria, fizikal selain prestasi lakonan yang dikehendaki.

Selain Atiqah Hasiholan, The Parcel turut dibarisi pelakon hebat seperti Baim Wong, Putri Ayudya dan Whani Dharmawan selain bintang Malaysia, Nora Danish dan pelakon yang sedang meningkat naik, Amir Ahnaf.

The Parcel

The Parcel mengisahkan tentang wanita bernama Radha, yang bertugas sebagai ‘photo journalist’. Nasibnya berada di hujung tanduk susulan sebuah kes.

Atas desakan kewangan, Radha dan anak lelakinya perlu mencari sebuah rumah yang lebih murah sewanya. Lalu, mereka mendiami sebuah rumah yang mana di dalamnya turut mempunyai sebuah bilik yang dikhaskan untuk memproses filem negatif. Tiada jiran yang mendedahkan mengenai kisah lama pemilik rumah terdahulu sebelum mereka mendiaminya.

Misteri berlaku apabila Radha menerima satu kiriman bungkusan tanpa nama dan alamat yang jelas. Atas rasa ingin tahu, Radha membuka kiriman berkenaan.

Lalu, tercetuslah pelbagai kejadian menakutkan, antaranya jiran yang tiba-tiba ditemukan mati dalam keadaan yang dahsyat. Mampukah Radha merungkai misteri yang berlaku?

SKIP THIS AD ×