Pelakon jelita, Fasha Sandha memuat naik hantaran beberapa keping gambar dan video bersama Nora Danish dan keluarga bekas suaminya, Jejai di Instagram (IG).
Artikel Berkaitan: Bakat Lakonan Fasha Sandha ‘Tumpah’ Pada Anak, Tapi Bekas Suami Larang Jadi Pelakon
Artikel Berkaitan: Fasha Sandha Sifatkan Bekas Suami Seorang Ayah Yang Baik – ‘Dia Mungkin Terkenal Dengan Kontroversi’
Dalam satu frame!
Menerusi perkongsian tersebut, Fasha Sandha dan Nora Danish dilihat sangat akrab dan sedondon memakai busana merah ketika menghadiri majlis berbuka puasa dan sambutan hari jadi anak sulung Fasha, Putera Rayfal yang berusia 10 tahun.
Terima kasih atok, Tah dan keluarga #rayfalturns10 Alhamdulillah.
Dalam pada itu, Nora Danish juga meninggalkan komen ringkas namun manis iaitu emoji hati berwarna merah.
Pemilik nama sebenar Nur Fasha Sandha Hassan ini juga berterima kasih kepada Nora dan seluruh ahli keluarga bekas suaminya kerana memberi layanan yang baik kepada dia dan anak-anak. Malah, dia juga mengungkapkan rasa syukur atas penyatuan keluarga besar itu demi anak-anak mereka.
Terima kasih mummy yang cantik dan seluruh keluarga untuk malam tadi. Terima kasih layanan saya dan anak-anak dengan baik siap tolong nak ambilkan air untuk Aisha. Sangat berhati mulia.
Syukur Alhamdulillah, Rayfal insan paling gembira bila kita semua menyatu. Anak-anak juga menyatukan hati kita semua. Alhamdulillah syukur diatas kebaikan yang Allah berikan utk keluarga kita. Alhamdulillah.
Tinjauan OhBulan! mendapati suami Nora, Nedim Nazri dan anak-anaknya turut menghadiri ke majlis tersebut. Aktres itu juga memuat naik beberapa keping gambar dan video momen bersama bekas keluarga mentua dan Fasha di IG miliknya.
Netizen kagum
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum dan memuji sikap kedua-dua pelakon itu serta keluarga Jejai, walaupun setelah dilanda pelbagai isu dan persengketaan namun mereka tetap saling memaafkan dan menerima satu sama lain dengan ikhlas.
Sumber: Instagram Fasha Sandha