Penyanyi yang kian melonjak naik, Amir Masdi baru-baru ini melancarkan album pertamanya setelah tujuh tahun berkecimpung di dalam industri seni.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tak Nak Yang Ini’ – Buat Trend Terlanggar Jodoh, Peminat Tak Restu Amir Masdi Dengan Sharifah Rose
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Kurang Senang Ella Berpelukan Dengan Amir Masdi Depan Suami – ‘Batas Tetap Kena Jaga’
Lawan arus, keluar album fizikal
Menurut Amir atau nama sebenarnya Amir Syazwan Masdi berkata dia memilih untuk mengeluarkan album secara fizikal kerana ia lebih sentimental dan merupakan idamannya sejak dulu lagi.
Diibaratkan seperti lompat pejam mata dahulu, kemudian baru buka mata fikir macam mana nak ‘landing’ itu yang saya lakukan semasa hasilkan album ini.
Zaman sekarang digital sangat kuat tetapi saya rasa orang masih memerlukan album fizikal itu kerana peminat gemar benda yang sentimental.
Saya sendiri idamkan sebuah album yang saya anggap seperti trofi jadi album ini adalah satu karya saya yang membolehkan saya untuk mejadi diri saya sendiri serta dapat menulis lagu saya sendiri. Album ini satu seni yang besar.
Dalam pada itu, penyanyi berusia 27 tahun ini turut berkongsi tentang cabaran setiap lagu yang dimuatkan di dalam album tersebut. Malah terdapat beberapa buah lagu yang dihasilkan sebelum Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP).
Semua lagu ada cabarannya sendiri. Ada lagu yang kami dah simpan lama daripada sebelum PKP lagi tapi tak dapat dikeluarkan dan ada lagu yang saya terpaksa rekod berulang kali.
Amir berkata demikian ketika ditemui OhBulan! di majlis pelancaran dan showcase album AMIR MASDI baru-baru ini.
Album yang menghimpunkan 12 buah lagu itu adalah bukti perit jerih pelantun lagu Sengaja tersebut yang banyak berkorban masa untuk menghasilkannya.
Tahun ini memang saya fokus kerja saya sahaja dan berkawan pun saya dah kurang, keluar lepak pun dah kurang juga. Saya memang beri tumpuan penuh untuk album ini. Keluarga pun sangat memahami.
Sementara itu, bercerita tentang konsep album ini, Amir berkata ia umpama kelahiran pertama buatnya.
Album ini berkonsepkan matahari kerana ia adalah salah satu sumber utama kita dalam kehidupan. Matahari juga ada ‘sunrise’ dan ‘sunset’ jadi album ini adalah ‘sunrise’ atau boleh dikatakan kelahiran pertama saya. Ia juga ibarat cahaya pertama yang menyinari karier saya.
OhBulan! difahamkan setakat ini lebih 200 buah album sulung Amir tersebut telah pun terjual.