Baru-baru ini penyanyi, Amir Masdi memuat naik sebuah video bersama pelakon baharu, Sharifah Rose yang telah menimbulkan pelbagai reaksi warganet.
Artikel Berkaitan: Hanya Rakan Badminton, Amir Masdi Tepis Dakwaan Jalin Hubungan Mesra Dengan Shila Amzah
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tidak Berlebih-Lebihan’ – Sharifah Rose Jawab Isu Salam Pelakon Thailand
Trend TikTok
Menerusi video yang berdurasi 10 saat itu, memaparkan Amir dan Sharifah Rose membuat sebuah ‘content’ dengan mengikuti trend terkini iaitu terlanggar jodoh yang popular di TikTok.
Aktres berusia 24 tahun itu dilihat sedang mengundur ke belakang dan tiba-tiba Amir muncul dari tepi dan berlanggar.
‘Red Flag’?
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet sepertinya tidak merestui jika pelantun lagu Debu itu menjalinkan hubungan bersama aktres tersebut.
Malah ada di antara mereka yang melabel pelakon drama Kekasih Hati Mr Bodyguard itu ‘red flag’ behubung isu bersalaman bersama seorang selebriti dari Thailand. Warganet menganggap dia tidak menjaga batas pergaulan sebagai seorang wanita muslim.
@amir.masdi @Sharifah Rose that was close
? La Lecon Particuliere – Bof La Lecon Particuliere – Francis Lai & Christian Gaubert
Sumber: TikTok