Tindakan penyanyi rock Ella yang memberi pelukan terhadap penyanyi Amir Masdi mengundang pelbagai reaksi dari netizen yang kurang senang dengan budaya sebegitu.
Artikel Berkaitan: Hanya Rakan Badminton, Amir Masdi Tepis Dakwaan Jalin Hubungan Mesra Dengan Shila Amzah
Artikel Berkaitan: ‘Proud Of You My Wife’ – Nyanyi Hampir 80 Buah Lagu Untuk Konsert, Suami Sifatkan Ella Buat Kerja ‘Gila’
Artikel Berkaitan: ‘Terima Kasih Untuk 35 Tahun’ – Padam Foto Di IG, Ella Beri Bayangan Bersara Dari Dunia Seni?
Pelukan mesra
Menerusi perkongsian di TikTok, Amir Masdi dilihat hadir ke konsert Jilid Akhir Ella Puteri Kota 2.0 dan kemudian bergambar bersama penyanyi rock tersebut sebagai kenangan.
Dalam video itu, Ella atau nama penuhnya Nor Zila Aminuddin dilihat menyambut kehadiran Amir dengan satu pelukan. Namun, hal itu tidak disenangi oleh para netizen yang dikatakan tidak menjaga batas pergaulan.
Dalam pada itu, Amir meluahkan rasa keterujaan dapat bertemu pelantun lagu ‘Rama-Rama’ dan melabelnya sebagai ‘Ratu Rock’.
@amir.masdi Truly the RockQueen, Ella ??? #jilidakhirellaputerikota
Terkejut suami dia
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyentuh mengenai reaksi suaminya yang dilihat seakan terkejut dengan tindakan penyanyi rock tersebut. Selain itu, terdapat juga segelintir netizen yang menasihati dua penyanyi hebat ini untuk menjaga pergaulan dan memuliakan imej seorang yang beragama Islam.
Sumber: TikTok @amirmasdi