Penyanyi Amira Othman mengambil pendekatan untuk tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan dirinya mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon, Fattah Amin.
Artikel Berkaitan: Fattah Amin Mengaku Berkawan Dengan Amira Othman, Minta Peminat Doakan Yang Baik
Artikel Berkaitan: Netizen Dapat ‘Hidu’ Kemesraan Fattah Amin & Amira Othman Hanya Gimik? – ‘Sah Marketing, Senang Kita Kena Tipu’
Jaga banyak hati
Mengakui banyak hati perlu dijaga, Amira atau nama lengkap Nadia Amira Othman, 32, berharap kontroversi yang terpalit dengan dirinya tidak menjejaskan nama serta kerjaya.
Saya tidak sangka orang bercakap tentang ini (dakwaan bercinta dengan Fattah).
Kalau dulu orang tanya kenapa saya langsung tiada kontroversi, tiba-tiba sekarang nama terpalit kontroversi.
Nak komen lebih-lebih pun tidak boleh, harapnya kontroversi ini tidak memudaratkan.
Saya kena jaga banyak hati termasuk hati mak ayah saya. Harapnya perkara ini tidak menjejaskan nama saya.
Amira menjawab mengenai perkara itu menerusi temu bual bersama Melodi.
‘Fattah baik’
Bagaimanapun, pelantun lagu Hati-Hati itu mengakui Fattah adalah seorang lelaki yang baik.
Fattah adalah rakan sekerja, kami jumpa atas dasar kerja. Mana baik kita aminkan. Fasal hubungan memang tiada, kami hanya kawan. Fattah seorang yang sangat baik.
Disoal mengenai jodoh, Amira tidak menolak takdir sekiranya disatukan dengan lelaki berstatus duda, namun bukan dengan suami orang lain.
Jika mahu berkahwin, saya tidak kisah pun jika dia duda ada anak satu, dua, tiga atau selebihnya. Status tidak penting, asalkan bukan suami orang.
Suami orang tidak, kalau bujang atau duda itu tidak menjadi masalah. Perkara itu juga tidak menjadi ukuran kerana Allah sahaja tahu yang terbaik.
Sejak minggu lalu, nama Amira menjadi bualan netizen di media sosial susulan didakwa sedang menjalin cinta dengan Fattah.
Pun begitu, Fattah menerusi satu kenyataan tidak mengiyakan mahupun menafikan, sebaliknya mengakui mereka berkawan.
Sumber: Melodi