
Usahawan Nurul Syaheera mencuri perhatian ramai selepas menunjukkan keprihatinannya terhadap penyanyi, Amira Othman yang kini menerima rawatan di hospital.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Mee Segera Meriah, Apatah Lagi Hidangan Lain’ – Fattah Amin Puji Amira Othman Pandai Masak
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fattah Amin & Amira Othman Suka Borak Topik Agama & Tujuan Hidup – ‘Kami Berdua Sama Pemikiran’
Situasi berada di luar kawalan
View on Threads
Menerusi hantaran di Threads, Nurul Syaheera atau dikenali sebagai Maam Nurul berkongsi beberapa tangkap layar perbualan bersama duta produknya Rissa Skin iaitu Amira Othman.
Dalam perbualan tersebut, Amira dilihat memohon maaf kerana tidak dapat menyertai perjalanan projek jelajah ke Korea, ‘Jom Jalan Rissa Skin X Fattmira’.
Allah sebaik-baik perancang. Insya-Allah, saya yakin akan ada hikmah dari Allah.
‘Semoga cepat sembuh’
View on Threads
Dalam satu hantaran lain, Syaheera meluahkan rasa sayangnya kepada Amira dan mendoakan agar penyanyi itu diberi kesembuhan.
Sayang Mira dunia akhirat. Semoga cepat sembuh.
Maam tunggu di Korea. Maam buat dulu apa yang patut sampai la Mira datang sana.
Rehat dulu ya. Semua sentiasa sokong kami ya. Kita hanya merancang, Allah menentukan segalanya. Allah sebaik perancang.
Sumber: Threads







