![[VIDEO] Fattah Amin & Amira Othman Suka Borak Topik Agama & Tujuan Hidup – ‘Kami Berdua Sama Pemikiran’](https://asset.ohbulan.com/2025/09/fattah-amira.jpg)
Pelakon Fattah Amin mendedahkan bahawa dia dan isterinya, penyanyi Amira Othman, gemar berbincang mengenai topik agama dan tujuan hidup.
Artikel Berkaitan: Dengan Sekali Lafaz, Amira Othman Sah Bergelar Isteri Fattah Amin
Artikel Berkaitan: ‘Fatima Rindu, Tak Nak Lepaskan Tangan’ – Fattah Amin
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Amira Othman Sedia Jalankan Tanggungjawab Sebagai Ibu Tiri Kepada Fatima – ‘Saya Perlu Terima’
Pemikiran sama

Menurut Fattah, topik itu menjadi seronok dibahaskan kerana mereka mempunyai pemikiran yang sama.
Kami ada satu topik, ini saya suka bila kami bercerita. Kami bercakap pasal agama dan tujuan hidup. Kami berdua sama (pemikiran).
Apa yang kami percaya, apa yang kami fikirkan, apa yang kami cakap, semua itu sama.
Rasa seronok bila kami cakap benda yang sama (agama dan kehidupan).
Fattah berkata demikian ketika siaran langsung menjual produk Rissa Skin dan abaya Amira di TikTok, pada malam Isnin.
Letak nombor satu

Dalam pada itu, pemilik nama Abdul Fattah Mohd Amin menekankan bahawa agama dan matlamat hidup wajar diletakkan sebagai asas utama, khususnya dalam institusi perkahwinan.
Apa-apa pun agama nombor satu. Bila nak berpasangan ini memang agama dan tujuan hidup (nombor satu).
Kalau dua perkara ini tak synchronize (selaras), benda-benda lain tak selaras juga. Core dia kena sama.
Terdahulu, Fattah dan Amira selamat diijakbulkan dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Sepang, Selangor, pada malam Ahad.
Dinikahkan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Fattah dan Amira sah menjadi pasangan suami isteri dengan hanya sekali lafaz.
Mulai 19 September, setiap hari Jumaat jam 9.00 malam, saksikan Setulus Takdir: Fattah Amira untuk mengikuti perkembangan terbaru kehidupan mereka sebagai suami isteri.
Unifi TV akan menyiarkan liputan eksklusif majlis akad nikah, bulan madu, aktiviti kebajikan dan banyak lagi. Semua ini eksklusif di saluran Inspirasi, di Unifi TV.
Muat turun sekarang di: onelink.to/unifitv.
Sumber: TikTok @cute08628







