Baru-baru ini kecoh apabila pengacara dan puja penyampai radio Ammar Titan didakwa mempersendakan nama bapa Watson Nyambek di dalam sebuah program televisyen. Rentetan daripada kes itu, Primeworks Studios Sdn Bhd telah mengambil tindakan menggantung khidmat Ammar dan enam kru penerbitan tanpa tempoh dinyatakan.
Semakin matang
Peristiwa tersebut juga telah menyebabkan Ammar digantung kerja selama 3 bulan oleh Persatuan Seniman Malaysia.
Menerusi perkembangan terbaru dirinya, Ammar dikatakan berhasrat membuka sebuah restoran yang dikenali sebagai kafe kucing. Apa yang berlaku sebelum ini telah mematangkan dirinya.
Alhamdulillah, saya semakin matang dan positif selepas apa yang berlaku. Kita tidak boleh pandang ke belakang dan kena teruskan hidup walaupun terpaksa mengharungi pelbagai cabaran.
Sepanjang tiga bulan ini saya sibuk nak uruskan proses membuka kafe yang turut mempunyai kucing. Sekarang ini dah lebih kurang 30 peratus siap dan Insya-Allah mungkin dalam beberapa bulan lagi kafe akan dibuka.
Saya ada tempah kucing-kucing dari luar negara seperti Rusia untuk diletakkan di kafe ini.
Moga perniagaan Ammar lepas ini berjaya seperti yang diimpiankan. Yang lepas biarlah berlalu, moga dijadikan pengajaran berguna untuk kita semua.
Sumber: mStar