berita

‘Ampunkan Saya Jika Sakitkan Hati Kamu, Penat Aku Tanggung…’ – Bapa Fattah Anas

December 7th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Dek hasad dengki dan cemburu dengan kebahagiaan orang lain, ada yang tergamak menggunakan cara halus atau ilmu hitam semata-mata mahu melihat orang itu menderita.

Seperti yang dialami oleh seorang individu ini apabila dia dan keluarga terpaksa menderita selepas terkena buatan manusia yang tidak berhati perut.

‘Jadi cukup lah tu’

Allah maha kuasa. Demi Allah, yang baik baik hanya untuk Dia, yang hina tu saya. Ampunkan saya jika sakitkan hati kamu, penat aku tanggung, penat aku bawa. Tutup penat ni dengan senyuman untuk orang lain. Hinanya lagi, ye tak apa. Memang hina, saya terima.

Macam-macam dah kena, sakit memang sakit. Habis? banyak dah abis, abis daaa. Jadi cukup lah tu. Mohon, merayu demi Anas dan Aneesa. Kesian Anas, kesian Aneesa. Depa kena tempias tu, depa nampak tempias ni. Kesiankanlah dekat depa. Takpe, ni kita rehat pejam mata. Jap lagi buka mata, kita senyum macam biasa. Please.

Menerusi perkongsian yang dimuatnaik oleh bapa kepada Fattah Anas iaitu seorang kanak-kanak yang pernah viral pada suatu ketika dahulu di Instagram, memaklumkan bahawa dirinya kini sedang ‘menderita’ dipercayai angkara perbuatan sihir. Dalam kesempatan itu, bapa Anas meluahkan rasa terkilan kerana ada inidividu yang sanggup berbuat demikian. Selain itu, dia sempat memohon maaf sekiranya ada mengguriskan hati mana-mana pihak.

Bercerita lanjut tentang perkara itu, bapa Anak mengakui bukan dirinya sahaja yang menanggung derita sebaliknya anak-anaknya juga turut terima tempias. Sementara itu, individu ini merayu agar mereka yang terlibat supaya berhenti melakukan perbuatan terkutuk ini.

‘Allahu, minta dijauhkan’

Sumber: Fattahanas_boyyeah

SKIP THIS AD ×