berita

Didakwa Amal Ilmu Sihir, Wanita Mati Dibelasah & Dibakar Hidup-Hidup Oleh Sekumpulan Lelaki

December 27th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Seorang wanita telah diserang dengan senjata tajam dan dibakar sehingga mati oleh sekumpulan lelaki di daerah Sonitpur, India.

Artikel Berkaitan: Suami Simbah Petrol, Bakar Isteri Sebab Cemburu Buta

Artikel Berkaitan: Isteri Berasmara Dengan Lelaki Lain, Suami Bakar Hidup-Hidup

Amal ilmu sihir

Menerusi laporan Free Press Journal, wanita yang berusia 28 tahun itu didakwa mengamalkan ilmu sihir.

Suami mangsa berkata, penyerang melabelnya sebagai ‘bomoh’ sebelum membelasah dan membakarnya berhampiran rumah mereka.

Madhurima Das, Penguasa Tambahan Polis daerah Sonitpur berkata, kejadian berlaku di Ladang Teh Ghagara berdekatan kampung Bahbari kelmarin.

Tambahnya lagi, seramai enam orang yang terlibat dalam pembunuhan ini di mana empat orang sudah ditahan manakala dua lagi masih melarikan diri.

Tiga orang telah ditahan pada 24 Disember malam dan seorang ditahan pada Isnin. Satu kes telah didaftarkan di balai polis Tezpur.

Mayat kemudian dihantar ke Kolej Perubatan dan Hospital Tezpur untuk bedah siasat.

Sumber: Free Press Journal

SKIP THIS AD ×