berita

Individu Ini Maafkan Semua Orang Pada Hari Raya Kecuali – ‘Mak Artis Yang Fitnah Ibu Aku Bomoh Orang’

April 14th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Bomoh

Sudah menjadi kelaziman setiap kali tibanya Syawal, kita semua akan bersalam-salaman dan bermaaf-maafan antara satu sama lain melupakan segala sengketa yang pernah terjadi sebelum ini.

Artikel Berkaitan: Dakwa Diri Disihir, Hetty Sarlene Dedah Pernah Jumpa Bomoh – ‘Dia Bagi Pilihan Nak Hantar Balik Tak?’

Artikel Berkaitan: Didakwa Amal Ilmu Sihir, Wanita Mati Dibelasah & Dibakar Hidup-Hidup Oleh Sekumpulan Lelaki

Ibu artis fitnah bomoh?

Bomoh

Bagaimanapun, lain pula ceritanya dengan seorang individu yang dikenali sebagai Khayls.

Menerusi hantaran di TikTok, Khayls berkata pada hari raya ini dia boleh memaafkan semua orang kecuali seorang individu yang telah memfitnah ibunya mengunakan khidmat bomoh dan memburukkan nama keluarganya.

Individu yang dimaksudnya merupakan ibu kepada seorang selebriti.

Semua aku maafkan kecuali… kepada mak artis yang pernah menfitnah bidadari syurgaku (ibu) bomoh orang dan memburukkan keluargaku pada orang terdekat. Tiada maaf bagimu.

Bagaimanapun, Khayls tidak mendedahkan nama mahupun memberi bayangan siapa individu yang dimaksudkannya itu.

Rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas terus berteka-teki dan ingin mencari tahu siapakah ibu artis tersebut.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×