Pelakon Amy Nur Tinie mendakwa terdapat seorang aktres bertindak menjatuhkan reputasinya sebagai anak seni.
Artikel Berkaitan: Beza Umur 6 Tahun, Hariz Hamdan & Amy Nur Tinie Bercinta?
Artikel Berkaitan: Ruhainies Maafkan Netizen – ‘Mereka Tiada Di Tempat Kejadian, Tidak Tahu Cerita Sebenar’
Tinie beri amaran
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story, pemilik nama sebenar Amy Nur Tinie Abdul Aziz itu mendedahkan terdapat seorang pelakon wanita yang suka memburuk-burukannya.
Menurut Tinie, dia sebelum ini mengambil langkah untuk tidak mengendahkannya, namun setelah karier dan nama baik kian terjejas, dia kini tidak lagi berdiam diri.
Awak cakap dekat penerbit jangan ambil saya untuk penggambaran kerana awak tak suka saya berada di set yang sama dengan awak.
Selama ini saya tak hiraukannya, tapi kalau dah sampai melibatkan kerja itu dah melampau. Saya ada bukti.
Dalam pada itu, Tinie mempersoalkan tindakan aktres tersebut berikutan mereka hanya tiga kali terlibat di dalam produksi yang sama.
Kenapa awak tak boleh berfikir tentang, ‘rezeki masing-masing’.
Saya tak tahu kenapa, sedangkan kita shooting bersama pun baru tiga kali. Itu pun tak banyak babak bersama.
Justeru, pelakon berusia 28 tahun tersebut memberikan amaran dan meminta aktres berkenaan tampil menghubunginya.
Depan-depan bukan main lemah lembut, pijak semut pun tak mati. Ternyata belakang bukan main lagi mulut ya.
Kalau awak baca hantaran ini, ini amaran terakhir untuk awak. Awak ada nombor telefon saya kan? Jadi boleh terus hubungi saya.
Sumber: IG Amy Nur Tinie