Penyanyi rock lagenda negara, Datuk Amy Search mengakui kepentingan lagu ‘killer song’ buat penyanyi industri tanah air.
Artikel Berkaitan: ‘Dalam Industri Kita Perlu ‘K*ller Song’, Kalau Setakat Nak Buat Album & Harap Nama Orang Tak Tahu Lagu Penyanyi Itu’ – Man Bai
Pentingnya ‘killer song’
Walau bagaimanapun, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman berkata, keberkesanan ‘killer song’ itu bergantung kepada nasib serta permintaan pendengar.
Sehubungan itu, pelantun lagu ‘Fantasia Bulan Madu’ ini menasihatkan khususnya penyanyi baharu untuk mengenal pasti genre yang sesuai dengan mereka.
‘Killer song’ ini adalah satu perkara yang subjektif. Ada kalanya kita tahu lagu itu boleh ‘pergi’, adakalanya kita tak tahu.
Kadang-kadang lagu itu boleh jadi ‘boom’ tapi tiba-tiba lagu kemudiannya dalam keadaan bahaya.
Kalian (penyanyi) perlukan ‘killer song’ sebab sebenarnya sesebuah lagu popular itu yang akan mengenengahkan lagi bakat anda, terutamanya penyanyi baharu.
Daripada situ juga dapat membantu penyanyi ‘explore’ apakah genre yang sesuai dengan diaorang.
Amy berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sidang media konsert ‘Amy Search Magic Konsert Solo Pertama’ yang diadakan di Society, Mont Kiara pada Isnin.
Dalam pada itu, penyanyi berusia 67 tahun ini menasihatkan penyanyi baharu untuk berani mencuba sesuatu yang baharu dan tidak terlalu mengikut padangan orang lain.
Penyanyi perlu pandai bereksperimentasi tetapi bila lagu pertama dah ‘hit’, akan timbulkan satu tekanan buat penyanyi untuk hasilkan lagu kedua.
Jadi mereka kena tahu ‘material’ yang sesuai dengan karya mereka untuk hasilkan lagu.
Kena banyak mendengar dan buat research sampai jumpa dia genre utama. Jangan terlalu ikut apa orang cakap.
Konsert solo pertama Amy
Sementara itu, Amy bakal muncul dengan konsert solo pertamanya yang diberi nama ‘Amy Search Magic Konsert Solo Pertama’ yang bakal menemui peminat pada 26 April ini bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Menurut Amy, dia bersedia untuk menonjolkan sisi berbeza selepas 44 tahun berkecimpung dalam industri seni tanah air.
Saya menerima pelawaan pihak penganjur sekitar tahun lepas. Tidak dinafikan memang ramai yang menawarkan saya menjayakan konsert solo tapi saya selalu beri alasan belum bersedia.
Tapi disebabkan tawaran ini datang daripada pengarah konsert, Jennifer Thompson saya terus terima kerana saya mahukan barisan tenaga kreatif yang cukup berpengalaman dan bukan tangkap muat.
Setiap lagu yang akan saya nyanyikan nanti adalah cerminan daripada warna kehidupan saya . Setiap nota dan lirik membawa kisah yang berbeza, melambangkan suka duka yang saya lalui dalam industri ini.
Saya berharap konsert ini akan memberi ruang kepada peminat untuk merasai segala perasaan yang saya alami sepanjang perjalanan ini.
Tiket untuk konsert ini akan mula dijual bermula 5 Februari 2025 di www.wowtix.com.my .
Harga tiket bermula daripada RM188 (Cat 6- Tiada lagi ), RM288 (Cat 5 – Gita Rama Sita), RM388 (Cat 4 – Kerja Gila), RM538 (Cat 3- Kamilah Cinta), RM608 (Cat 2 – Saatku Idamkan) dan RM788 (Cat 1- Rock Royalty).