Puasa dan raya tahun ni mungkin sedikit berbeza berbanding tahun sebelumnya. Yelah, di waktu penularan wabak Covid-19 ni segalanya jadi terhad dan langkah terbaik adalah duduk di rumah.
Tapi, bagi Bintang Rockers terkenal tanah air Amy Search, Ramadan dan Syawal tahun ni tetap disambut meriah dengan penuh tradisi. Bila ditanya soal persiapan beliau sekeluarga, Amy Search tak lokek berkongsi bahawa dia lebih selesa berbelanja menggunakan servis Grab.
1. Juadah berbuka terus dihantar ke pintu rumah
Ya, kami faham ramai yang mengeluh tahun ni dah tak boleh pergi bazar. Tapi, korang tak perlu risau sangat sebab Amy Search sendiri pun beli juadah berbuka guna Grab je tau. Paling penting, kesemua servis daripada Grab lebih jimat dan dah tentu selamat. Nak order juadah berbuka dari rumah macam Amy Search? Ini caranya!
- Grab e-Kitchen Bazar (Selangor)
Grab dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor ada memperkenalkan Grab e-Kitchen Bazar khas untuk rakyat Selangor. Korang boleh beli Ayam Percik, Tepung Pelita, Murtabak atau apa saja hidangan yang diidamkan dengan menggunakan 1 kali delivery saja dari satu lokasi e-Kitchen! Paling penting sambil korang membeli tu, dapat juga tolong peniaga-peniaga kecil yang tengah struggle time PKP dan PKPB ni kan? Haa.. korang boleh tengok lokasi penghantaran e-Kitchen dekat sini.
- Ramadan Favourites di GrabFood
Haa.. tak cukup dengan pilihan juadah bazar di e-Kitchen, korang boleh la beli makanan untuk berbuka puasa dari rumah dengan selamat di lebih 900 buah restoran kegemaran seperti Ahh Yum by Kampong Kravers, Hayaki, Pinggan Puteh, D’timer, Tetangga Kita dan banyak lagi.
- GrabExpress Ramadan
Sempena menyambut kedatangan bulan mulia ni, sama-samalah kita rebut peluang untuk menyokong peniaga-peniaga kecil dan sederhana yang hanya beroperasi dari rumah. Korang boleh support perniagaan mereka menggunakan perkhidmatan GrabExpress tau. Nak beli kuih raya, kek atau apa-apa juadah berbuka pun boleh.
Antara kedai yang dipaparkan di dalam aplikasi Grab adalah MamaMay’s Deli, Abam Satay Shah Alam, Roti John Monster dan banyak lagi. Peniaga-peniaga ini akan menghantar makanan atau produk mereka menggunakan GrabExpress, di mana pihak Grab telah bekerjasama dengan peniaga untuk meringankan kos operasi mereka.
2. Beli barangan runcit dan segar guna GrabMart je
Nak pergi beli barang dekat pasar segar waktu PKP atau PKPB ni susah jugak, silap-silap kena beratur panjang sampai ke tengah hari. Kalau nak senang korang follow je cara Amy Search beli barang guna GrabMart. Dengan adanya GrabMart, kami yakin korang takde masalah langsung untuk sediakan juadah berbuka kegemaran walaupun terpaksa duduk di rumah. Cakap je bahan apa yang diperlukan GrabMart confirm boleh bantu!
Nak barangan segar, daging frozen, makanan laut, sayur-sayuran, makanan dalam tin, barangan kering dan banyak lagi keperluan yang korang nak beli, GrabMart akan hantar terus ke rumah kurang daripada 1 jam je tau. Caranya mudah je, korang pilih GrabMart dalam aplikasi Grab dan buat pesanan terus dengan merchants seperti G Grocer, Kiara Supermarket, The Natural Marketplace, Lizar Chilli, Ulam Melayu dan banyak lagi!
Eh… sebelum terlupa, bagi yang belum sempat nak beli kurma untuk bulan puasa ni, baik korang order dari GrabMart juga sebab ada 30% OFF dengan menggunakan promo kod RAYAMART. Haa.. alang-alang dah dapat diskaun 30% tu, jangan lupa untuk order lebih 1 kotak untuk dihadiahkan kepada GrabMart Rider juga. Pendek kata, inilah peluang terbaik untuk kita kongsi rezeki bersama. Korang boleh order terus kat sini.
3. Shopping baju raya tahun ni pun boleh jimat
PKP dan PKPB lanjut atau tak, raya tetap raya. Walaupun PM dah bagi arahan boleh keluar rumah, tak semestinya kita boleh keluar shopping baju raya ramai-ramai dekat mall tanpa perlu risau risiko terdedah dengan virus Covid-19 lagi.
Buat masa ni, kami tetap nasihatkan korang untuk terus duduk rumah sebab masih boleh beli baju raya secara online je. Paling best sebab korang boleh enjoy diskaun istimewa GrabRaya di FashionValet, PestoMall dan Zalora. Tapi, make sure bayar guna GrabPay ya, baru boleh jimat sakan wei!
- Zalora:
Berbelanja minimum RM200 dan nikmati potongan harga 30% dengan kod promo GRABRAYA- PestoMall:
Potongan harga sehingga 30% untuk barangan terpilih- FashionValet:
Berbelanja minimum RM150 dan nikmati potongan harga RM30 guna kod promo GRABFASHIONRAYA
4. Nak bersihkan rumah pun Grab boleh tolong
Waktu musim wabak ni, soal kebersihan rumah dan persekitaran teramat penting. Apatah lagi bila masuk bulan puasa dan dekat nak raya ni. Hasil kerjasama Grab dengan Kaodim, servis ‘Clean & Fix’ membolehkan korang untuk dapatkan macam-macam perkhidmatan seperti pembaikan paip, pembersihan rumah, disinfeksi rumah dan banyak lagilah.
Memang berbaloi guna Grab!
Betul kata Amy Search, servis daripada Grab ni memang berbaloi sebab dah cukup lengkap sempurna. Daripada servis penghantaran makanan, barangan keperluan, sehinggalah ke bab cuci rumah dan betul kan paip pun mereka boleh tolong juga. Tak cukup dengan itu, kami boleh katakan servis Grab waktu sekarang ni sebenarnya lebih selamat sebab Grab sendiri sangat menggalakkan konsep penghantaran tanpa sentuhan tau.
Caranya, korang boleh beritahu rider melalui GrabChat untuk letakkan makanan atau pesanan korang di mana-mana lokasi sesuai dan gunakan pembayaran tanpa tunai GrabPay untuk sebarang transaksi bagi mengurangkan kontak antara satu sama lain. Kalau korang nak tengok macam mana Amy Search berbelanja dengan berhemah dan selamat menggunakan servis Grab sepanjang Ramadan dan Raya ni, korang boleh tonton playlist video dekat sini.
Semoga perkongsian kami kali ini boleh buat korang semua lebih bersemangat untuk jalani ibadah puasa dan menyambut hari raya dengan senyuman. Sebarang maklumat lanjut tentang alternatif yang disediakan Grab sepanjang Ramadan dan Raya ini, layari laman sesawang Grab tau. Selamat berpuasa guys!
#RideItOutBersama #GrabRayaDeals #DekatkanYangJauhDenganGrab #AmySearchGrabAda #GrabeKitchenBazar