berita

Amyra Dimasukkan Ke Hospital Selepas Mengadu Sakit Perut & Muntah-Muntah. Mengandung Ke?

March 15th, 2017 | by Hanis Aliaa
Kini Trending

Screen Shot 2017-03-15 at 13.40.20Siapa tak kenal merpati dua sejoli Amar Bahrin dan Amyra Rosli. Kedua-dua mereka masih dalam fasa honeymoon la orang kata. Terbaru Amyra dimasukkan ke hospital di ibu negara semalam akibat sakit perut dan muntah-muntah. Alhamdulillah, doktor mengesahkan Amyra hamil 7 minggu.

Tidak menunjukkan tanda hamil.

Screen Shot 2017-03-15 at 13.38.31Amar berkata, Amyra tak menunjukkan sebarang simptom sedang hamil kerana masih aktif bekerja dan terbabit dengan aktviti sukan ekstrem.

Alhamdulillah ini berita gembira yang saya ingin kongsikan kepada semua. Sebenarnya pada 9 Mac lalu kami sudah mendapat tahu tanda awal kehamilan. Tapi kami tak mahu terlalu berharap.

Sehinggalah semalam apabila Amyra dimasukkan ke hospital baru doktor mengesahkan perkara itu. Jadi baru saya boleh berkongsi berita kehamilan ini. Namun saya tak nak terlalu teruja kerana kandungan masih di peringkat awal.

Mereka baru saja pulang dari Australia untuk penggambaran sebuah rancangan TV yang perlu menaiki permainan taman tema yang sangat mencabar.

Jadi apabila pulang ke tanah air baru isteri mengadu sakit perut. Dia menyangka itu kesan daripada aktviti di sana. Tapi selepas kerap sakit dan muntah-muntah, saya terus membawanya ke hospital.

Comel ja caption Amyra.

? #Amyramar ?

A post shared by Mrs Amar (@aamyrarosli) on

Amyra turut berkongsi berita gembira ini dengan peminat di laman Instagramnya. Captionnya hanya gambar botol susu. Rata-rata peminat dah boleh pickup hint Amyra tu. Semua mengucapkan tahniah dan tumpang gembira dengan berita ini.

Tahniah diucapkan kepada mereka berdua. And Amyra have a good rest, jangan buat aktiviti berat yeah.

Kredit : Harian Metro, Amar Bahrin & Amyra Rosli

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×