Hasrat pelakon Amyra Rosli dan suaminya, Amar Baharin untuk menimang cahaya mata ketiga tidak kesampaian apabila aktres tersebut mengalami keguguran.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Cuma Nak Suami Bawa Ronda-Ronda Naik Motor, Lepas Itu Saya Happy Balik Dah’ – Amyra Rosli
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Salahkan Penyondol’ – Amyra Rosli Salahkan Lelaki Punca Rumah Tangga Diganggu Orang Ketiga
Artikel Berkaitan: ‘Macam Mana Satu Bidang Tanah Boleh Ada 2 Geran Berbeza?’ – Amar Baharin
Awak singgah sekejap
Menerusi sebuah posting di Instagram, Amyra memuat naik foto ketika berjumpa dengan doktor. Pada masa yang sama, Amyra turut menunjukkan kit ujian kehamilannya.
Awak singgah sekejap je dalam perut mommy. Lepas tu awak pergi. Comel la awak ni. Tak ada rezeki. Tak apa kita fokus shooting dulu.
Menjengah di ruangan komen, Amar dilihat meninggalkan kata-kata semangat buat isterinya.
Allah sebaik-baik perancang untuk perjalanan hidup dan mati hamba-Nya. Percaya pada qada dan qadar ketentuan Allah. Insya-Allah terjaga iman mommy. Love you sayang. Be strong mommy.
Sekadar info, Amar dan Amyra mendirikan rumah tangga pada 11 November 2016. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi Amar, 7 dan Aura Aryssa, 4.
Sumber: Amyra Rosli