Pelakon, Amyra Rosli berkongsi perjalanan peribadinya dalam berhijrah, khususnya pengalaman sewaktu mula-mula mengambil keputusan untuk bertudung.

Artikel Berkaitan: Amyra Rosli Alami Pendarahan – ‘Mungkin Kehamilan Tak Menjadi’

Artikel Berkaitan: Amyra Rosli Akur Tiga Bulan Berjauhan, Doakan Perjalanan Amar Ke Umrah Naik Basikal Dipermudah – ‘Saya Serah Segalanya Pada Allah’

Perjalan bertudung

Amyra atau nama lengkap Nur Amira Izzati Rosli, 35, berkata, proses untuk istiqamah bukanlah sesuatu yang mudah dan mendedahkan dirinya mengambil masa hampir enam bulan untuk benar-benar membiasakan diri dengan imej baharunya.

Daripada seorang yang freehair kepada yang ingin bertudung memang agak sukar pada mulanya untuk istiqamah. Macam saya, awal-awal bertudung, ambil masa enam bulan untuk biasakan diri. Pernah juga dalam tempoh itu rasa nak buka tudung.

Saya bersyukur dikelilingi dengan suami dan keluarga yang sentiasa beri sokongan. Ada juga kawan-kawan cakap kalau saya tanggal tudung akan cetuskan kontroversi sebab saya seorang selebriti. Tapi sebenarnya, memakai tudung itu satu kewajipan untuk wanita Muslim.

Lama-kelamaan dengan usia yang semakin matang, saya tahu untuk berfikir bagaimana mahu istiqamah. Apa jua kewajipan yang sudah ditetapkan oleh Allah, kita kena paksa diri kita. Jangan sesekali salahkan orang lain atau tunggu masa sesuai, kita sendiri tak tahu mati bila.

Amyra berkongsi perkara itu ketika ditemui di Melodi Terhangat Superstar Tour yang berlangsung di AEON Mall, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, baru-baru ini.

Dalam pada itu, isteri kepada aktor, Amar Bahrin tidak menafikan antara cabaran lain ketika awal bertudung adalah perasaan tidak yakin dengan penampilan diri.

Enam bulan pertama saya pakai tudung tu macam-macam saya fikir. Saya rasa macam huduhnya pakai tudung, tak pandai nak ‘mix and match’ dengan baju dan sebagainya. Saya terus berdoa dan cari apa yang saya mahukan dalam hidup.

Berkongsi lanjut, Amyra berkata, dalam perjalanan mencari reda Ilahi, dia juga memilih untuk mendalami ilmu agama dengan menghadiri banyak kelas usrah.

Cara saya istiqamah juga adalah dengan mengikuti banyak kelas agama, borak dengan keluarga mengenai tanggungjawab sebagai manusia di muka bumi ini.

Kelas agama dan usrah yang saya hadiri itu sangat membantu, saya paksa diri sertai kelas tersebut. Kelas itu bukan setakat ajar untuk istiqamah bertudung, tetapi mengajar saya mengenali diri yang sebenar.