berita

Anak 2 Tahun Mengadu Sakit Di Kemaluan, Bila Ditanya…Tak Sangka ‘Kerja’ Orang Paling Rapat!

March 2nd, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Seorang aktivitis terkenal Syed Azmi kongsi luahan sedih seorang wanita apabila anaknya dipercayai didera oleh ayah tirinya. Namun apa yang sayu adalah apabila ibu sendiri tidak percaya dengan insiden tersebut dan tergamak memulaukan keluarga mereka. Sedihnya.

Anak cakap sakit kemaluan

(sekadar gambar hiasan)

Menurut wanita ini, dia tinggal bersama ibunya selepas rumah ibunya dipecah masuk perompak. Pada tahun 2017, ibunya bernikah dengan seorang Bilal di kampung tersebut dan kemudian dia mula berpindah ke rumah sewa milik ibunya.

Sepanjang saya di sana saya amat hormat ayah tiri saya kerana perwatakan dia. Sampai lah satu masa (nov 2018) saya ada bermalam di rumah ibu memandangkan suami saya bekerja malam minggu tersebut. Ayah tiri juga jarang berada di rumah kerana menguruskan anak-anak dan sebagai Bilal.

Waktu malam pun dia jarang balik, kemudian satu malam anak perempuan saya yang berumur 2 tahun lebih mengadu sakit di kemaluan dia. Nangis-nangis dia. Saya tengok tiada apa yangg mencurigakan. Untuk pengetahuan anak saya telah fully off pampers.

Disebabkan rasa tidak sedap hati, wanita ini kemudian mengajak wanita ini pulang ke rumah sendiri. Namun keesokkan harinya anaknya masih mengadu sakit tempat yang sama. Bila ditanya jawapannya mengejutkan wanita ini.

Tokki buat. Saya tanya buat apa. Dia cakap tokki cubit, saya sampai sediakan 4 helai seluar untuk soal, saya  suruh dia pilih ketika kejadian dia memakai seluar mana dan betul jawapan dia. Berulang kali saya tnya jawapan tetap sama. Saya ada rakam video soal jawab saya dengan anak.

Ibu halau kami

(sekadar gambar hiasan)

Kampung suami amat dekat dgn rumah mertua dan saya tidak tahu prosedur untuk rawat anak kena buat report polis dulu. Doktor yang bertugas yang buat report. Saya bertolak ke kampung suami jam 3 pagi dan sampai jam 5.30am. Jam 6am kami terus ke kecemasan utk check anak sehinggalah pegawai polis 3 orang, doktor pakar kanak-kanak dan doktor pakar lain datang utk siasat anak saya.

Saya dapat panggilan dari balai polis tmpat tinggal ibu bertanya mengenai alamat rumah ibu. Kemudian saya dapat tahu polis telah membawa ayah tiri menaiki kereta polis ke balai untuk soal siasat. Polis sana sampai suruh saya tarik balik report sebab kesian ayah tiri dh tua. Saya cakap lepas doktor check anak saya saya buat keputusan. Saya sangat-sangat tertekan, risau penat masa tu sebab mengandung.

Setelah diperiksa, doktor mengesahkan tiada kecederaan pada kemaluan cuma kesan merah sahaja, kemudian anak diminta ke bahagian psikiatiri. Pada keesokan pagi ibu dan ayah tirinya telah datang ke rumah mertua wanita ini dan bertanya jika dia percaya anaknya. Dia memilih anaknya kerana baru berusia 2 tahun dan semestinya tidak pernah menipu nak mereka cerita. Akhirnya dia halau wanita dari rumah sewa dan minta kunci rumah.

Dia cakap saya tuduh suami dia sedangkan saya tak berniat langsung. Itu cuma prosedur, saya mengatakan nanti saya akan keluar dan saya akan bagi kunci. Dia berkeras minta juga. Dua hari kemudia saya balik untuk ambil barang dan liha rumah sudah dimangga. Dia berkata suami saya yang buat benda tak elok dekat anak saya. Kalau anak saya berkata suami saya buat mmg saya percaya sebab suami bukan darah daging saya.

Tapi anak saya yang saya kandung saya lahirkan saya bela berkata tokki yangg buat. Ibu juga ada bertanya kepd anak sy ketika itu.anak berkata tokki buat.ibu tetap nak nafi tuan syed.sedih saya. utk pengetahuan suami saya telah menarik balik report pada malam tersebut.

Akhirnya selepas setahun kemudian dia membawa anak sulung ke rumah ibu kerana anak saya rindukan ibu saya. Namun ibu memberitahu mereka tidak malu jejak ke rumah nya. Walau bagaimanapun, anak mereka disiasat atas kes cabul dan dera (terdapat kesan lebam di telinga dan tangan).

Sehingga kini saya menahan perasaan sedih terhadap anak-anak buat pengetahuan ayah tiri dgn ibu telah bercerai 2 bulan lepas kes tersebut. Tetapi ibu tetap tak boleh terima saya dan anak-anak hanya kerana polis soal suami dia? Saya rindu mak saya tuan..anak-anak pun..mak saya dah cecah 60 tahun.

Sumber : Syed Azmi

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×