berita

Anak 9 Tahun Dirogol Guru Silat, Ahli Politik Sogok Duit Suruh Tutup Kes – ‘Polis Minta Lupuskan Barang Bukti’

May 23rd, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Seorang bapa di Indonesia bertegas mahu menegakkan keadilan buat anaknya yang didakwa dirogol oleh guru silat pada 10 November 2020 yang lalu. Si bapa nekad dengan keputusan tersebut selepas dia mendapati tiada sebarang tangkapan dibuat terhadap suspek.

Disogok ahli politik

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Regional Kompas, bapa mangsa mendakwa agak kecewa kerana keadilan buat anaknya yang berusia sembilan tahun itu masih belum ditegakkan sehingga hari ini meskipun insiden tersebut sudah berlaku sejak dua tahun lalu. Dakwa lelaki ini lagi, individu yang dipercayai adalah pelaku dikatakan masih bebas melakukan pelbagai aktiviti walhal mangsa terpaksa menanggung derita akibat perbuatan kejam suspek.

Bukan itu sahaja, bapa mangsa juga mendakwa pernah ditawarkan wang berjumlah 500,000 rupiah (RM150) oleh seorang ahli politik bagi menutup kes rogol tersebut. Tidak terhenti di situ, dia juga pernah diarahkan oleh pihak polis untuk mencuci barang bukti bagi kes tersebut.

Pihak polis sudah mengambil barang bukti seperti seluar dalam dengan tompokan darah dan cecair sperma suspek. Sampai sekarang masih jadi pertanyaan ke mana barang bukti itu sehinggalah saya disuruh mencucinya di hadapan anggota polis.

Polis dah soal siasat 16 saksi

Menurut Pengarah Institut Bantuan Perundangan iaitu Mawar Saron Solo mendakwa bahawa antara barang bukti tersebut adalah seluar dalam milik suspek yang dtemui di dalam bilik air. Ibu bapa mangsa juga dikatakan pernah diganggu oleh suspek sehingga mereka terpaksa melarikan diri dan bersembunyi di dalam hutan selama sehari.

Pihak polis mengarahkan barang bukti tersebut termasuk tikar dan kain lap sisa sperma dicuci oleh ahli keluarga.

Hasil daripada soal siasat sebelum ini, mangsa mendakwa telah dirogol sebanyak dua kali di mana ianya berlaku di sebuah rumah kosong dan di balai desa. Pihak polis mendakwa telah memanggil 16 orang saksi bagi membantu siasatan. Mereka turut mengambil kenyataan daripada seorang pelajar perempuan, S yang dipercayai turut terlibat dalam kes ini.

Sumber: Regional Kompas

SKIP THIS AD ×