Anak perempuan sulung kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Anggrek Adnan terpilih mewakili Malaysia ke Thailand bagi acara Bangkok Kids International Fashion Week yang berlangsung pada 27 dan 28 April ini.
Artikel berkaitan: ‘Perpisahan Adalah Jalan Yang Saya Nampak’ – Adira Suhaimi Mahu Bercerai Cara Baik
Artikel berkaitan: Adira Suhaimi Jawab Dakwaan Sepakat Dengan Madu Angkat Kaki ‘Tinggalkan’ Datuk Red?
Masuk kelas modelling
Menerusi hantaran di Instagram, Adira meluahkan rasa bangga terhadap anaknya yang berusia tujuh tahun kerana terpilih dalam acara peragaan tersebut.
Awak layak mendapatkannya selepas semua hasil kerja keras. Tahniah kakak sayang.
Memetik laporan mStar, Adira memberitahu pemilihan Anggrek itu adalah hasil kerja keras selepas menyertai kelas peragaan yang dikendalikan oleh model terkenal, Amber Chia.
Saya ada daftarkan Anggrek masuk kelas modelling yang dikendalikan model terkenal Amber Chia sebelum ini.
Dekat kelas itu pula dia fokus peragaan dan juga public speaking untuk menambah lagi keyakinan diri.
Alang-alang dia ada pengalaman dalam kelas tersebut, tak salah kalau kita bawa apa dia sudah belajar ke luar negara.
Suka ‘catwalk’ di rumah
Menurut Adira, dia mula menyedari bakat Anggrek dalam bidang peragaan ketika membuat konten TikTok bersama di mana dia suka catwalk di rumah selain suka berlakon.
Mula-mula dia suka berlakon kalau buat video TikTok. Anggrek juga suka catwalk kalau di rumah.
Bila saya tanya dia kata suka nak jadi model dan daripada situlah semuanya bermula.
Sementara itu, Adira bakal menemani anak perempuannya itu ke Bangkok sekaligus bertindak sebagai pengurusnya.
Dia anak sulung saya, jadi saya akan bertindak sebagai pengurus dia nanti dan anak beri sokongan untuk dia sepanjang berada di Bangkok.
Sekadar info, Bangkok Kids Internation Fashion Week merupakan pentas peragaan profesional yang memberi peluang kepada para pereka fesyen memperagakan koleksi terkini mereka.
Bukan itu sahaja, minggu fesyen ini turut fokus mencari bakat-bakat muda terutama kanak-kanak dalam dunia peragaan fesyen selain menyediakan platform untuk mereka bersinar di peringkat antarabangsa.
Antara negara-negara di Asia Tenggara yang terlibat ialah Thailand, Filipina dan Indonesia.
Selain Anggrek, hasil perkahwinan dengan Datuk Seri Adnan Abu atau dikenali Datuk Red sejak 2015 ialah Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun.
Sumber: Adira Suhaimi, mStar