Anak sulung penyanyi Ahmad Dhani iaitu Al Ghazali dilihat melamar kekasih hatinya Alyssa Daguise pada 21 September yang lalu di Lake Como, Italy .
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pernah Lalui Fasa Kejahilan, Anak Ahmad Dhani Buat Ibu Terkejut Dengan Pertanyaan – ‘Saya Pernah Tanya, Buat Apa Sembah Allah?’
Artikel Berkaitan: ‘Orkestra Di Malaysia Lebih Bagus Daripada Indonesia’ – Ahmad Dhani
Mencintaimu adalah satu keistimewaan
Menerusi sebuah posting di Instagram, Al Ghazali berkongsi beberapa foto momen indah ketika dia melamar Alyssa.
Lebih mencuri, Ghazali turut menulis kapsyen ‘sweet‘ buat Alyssa di posting tersebut.
Kepada Alyssa Paramitha Daguisé, terima kasih atas segala yang kau ada. Mencintaimu adalah satu keistimewaan.
Dan dicintai olehmu adalah satu anugerah. Denganmu di sisiku, aku adalah lelaki paling bahagia di dunia. Dan mulai hari ini, aku berjanji untuk memberikan segalanya kepadamu dan lebih lagi. Inilah untuk selamanya!
Menjengah di ruangan komen, rata-rata selebriti Malaysia meninggalkan komen tahniah buat Ghazali dan Alyssa. Antara selebriti yang mengucapkan tahniah buat mereka ialah Fazura dan Mimi Lana.
Difahamkan, pasangan ini telah menjalin hubungan sejak 2016. Namun, mereka berdua sempat berpisah sekejap pada tahun 2022. Pada tahun ini, Ghazali dilihat mengambil pendekatan yang serius apabila terus melamar kekasih hatinya itu.
Sumber: Al Ghazali