berita

Anak Aku Bukan Milik Aku – Sering Mengeluh Dengan Kerenah Anak, Wanita Ini Akhirnya Sedar…

April 6th, 2016 | by Arini Saleh
Kini Trending

header bayi ini aku...

Anak merupakan satu amanah dari Allah swt yang diberikan kepada kedua ibu dan bapa. Kehadiran anak merupakan satu perkara yang sangat dinantikan bagi sepasang suami isteri kerana anak merupakan penyeri dan pembuka pintu rezeki.

Namun, tak semua ibubapa yang diberikan rezeki untuk memiliki anak, ada yang berkahwin bertahun-tahun diuji dengan tidak diberikan rezeki anak. Malah, anak yang dilahirkan pun milik Allah. Bila-bila msa Allah boleh ambil semula.

Anak aku bukan milik aku, dia adalah amanah dariNya

Memang. Aku yang kandungkan anak ini. 9 bulan. Lama.
Memang aku yang lahirkan dia 6 bulan lepas. Sakit.
Tetapi. Anak aku bukan milik aku. Dia adalah amanah dariNya. Dia milik Allah. Bila-bila masa Allah boleh ambil semula.
Jadi. Mengapa aku mengeluh untuk melayan dia tak tidur malam dan mahu bermain. Sedangkan aku selamba layan kawan-kawan di kedai mamak sampai ke pagi. Jangan aku lupa, anak ini milik Allah, bila-bila masa Dia boleh ambil balik.

Mengapa aku mengeluh kesal bajunya perlu dibeli lagi?

Mengapa pula aku mengeluh kesal bajunya perlu dibeli lagi. Sedangkan baru sahaja dibeli bulan sudah. Sedangkan ramai lagi ibu bapa teringin hendak beli saiz lebih besar lagi. Apakan daya anak mereka lambat membesar pula. Jadi mengapa aku tak bersyukur dan gembira anak aku mengembang sihat. Mengapa aku mengeluh. Lupakah aku. Anak ini milik Allah. Bila-bila masa Dia boleh ambil balik.

Mengapa aku mengeluh lemah tidak mampu menyimpan wang sejak ada anak ini?

Aku mengeluh lemah lagi tidak mampu menyimpan wang di bank. Setiap bulan ada sahaja kehendak dan keperluan anak ini. Matilah macam ni. Ya Allah. Sedarkah aku. Ramai lagi yang berhabis berpuluh ribu namun masih tidak diberikan Allah rezeki yang dipanggil anak. Lupakah aku Allah itu pemberi rezeki. Dia pemilik kesemua di langit dan di bumi. Termasuklah anak ini. Ingatlah. Bila-bila masa dia boleh ambil kembali.

Allah berikan pada aku. Tetapi mengapa aku mengeluh. Inikan milik Allah.

Aku terus mengeluh. Tengah sedap bersembang di FB, si anak ini merengek mahu diangkat-angkat, diagah-agah pula. Ahhh mana boleh. Nanti jadi manjalah dia. Nah ambil ini dan mainlah sendiri. Allah. Mengapa aku mengabaikan pinjaman Allah ini. Entah berapa ramai yang mengangis merayu dalam sujudnya di malam hari mohon diberikan anak penyeri hidup. Tetapi Allah tak bagi. Allah berikan pada aku. Tetapi mengapa aku mengeluh. Inikan milik Allah. Bila-bila masa Allah boleh ambil kembali.

Ya Allah… Telah Kau berikanku anak sebaik, sesihat dan secantik ini.. Tetapi masih aku banyak bunyi.. Ampunkan aku ya Allah.. Kau panjangkanlah jodoh aku dan dia hingga jannahMu.. Kau berikanku petunjuk dalam melaksanakan amanahMu.. Sesungguhnya aku sering terlupa anak ini bukan milik aku.. Dia milikMu.. Bila-bila masa kau boleh ambil kembali…

Bersyukurlah ibu bapa yang diberikan rezeki anak. Anak yang baru dilahirkan ibarat kain putih yang belum dicorakkan, ibu bapa memainkan peranan penting untuk membentuk peribadi anak itu sendiri. Yang penting, jadilah role model terbaik untuk anak-anak kita sendiri.

sumber: Kelab Soal Jawab Ibu & Bakal Ibu Comel

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×