berita

Anak Alami Masalah Jantung Selepas Dilahirkan, Wanita Perlu RM120k Biayai Kos Pembedahan

April 29th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Facebook, seorang wanita yang dikenali sebagai Nur Afiqah berkongsi kisah mengenai bayi perempuannya yang menghidap masalah jantung sejurus dilahirkan.

Bayi yang cukup comel dan diberi nama Soffea itu terpaksa memakai alat bantuan pernafasan terlebih dahulu sementara menunggu gilirannya untuk melakukan pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN).

Tak dapat bernafas dengan baik

Pada 14 April 2021, tanggal 2 Ramadhan telah lahir seorang bayi perempuan yang cukup comel. Usai diazankan, abi dan umi menamakan anak syurga cahaya mata pertama ini dengan nama seindah wajahmu, Nur Soffea Al Insyirah. Sejurus dilahirkan, baby Soffea tak dapat bernafas dengan baik. Nurse yang menjaga perasan dada Soffea berombak kencang. Bacaan oksigen menunjukkan hanya sekitar 80 peratus sahaja. Soffea terus dipasangkan dengan alat “Headbox” dan bacaan oksigen terus dipantau rapi.

Menurut Afiqah, doktor pakar kanak- kanak merasakan sesuatu yang tidak kena terhadap anaknya. Ini kerana, bekalan oksigen yang masih dipakai oleh anaknya itu tidak dapat diturunkan. Oleh itu, Soffea dibawa untuk mendapatkan imbasan x Ray. Pada masa yang sama, pakar kanak kanak tersebut merasakan mungkin ada jangkitan kuman pada paru paru Soffea. Maka, antibiotik dan oksigen terus diberikan.

Rujuk pakar jantung

Menjelang hari ketiga, pakar kanak kanak Dr Francis merujuk kepada pakar jantung bayi iaitu Dr Chan. Doktor Chan ajak kami berbincang kerana setelah melakukan imbasan ECHO pada jantung baby Soffea yg kecil itu, Dr Chan dapati jantung baby Soffea dilahirkan dalam keadaan yang sangat istimewa. Hampir semua saluran darah di jantung Soffea berada dalam keadaan terbalik, suatu keadaan yang dinamakan sebagai Transposition of Great arteries atau singkatannya TGA.

Namun mujur ya dinding jantung Baby Soffea ada berlubang di bawah yang dinamakan VSD. Ini membolehkan sedikit darah bercampur dan dapat mewujudkan saluran “Bypass” ke seluruh anggota tubuh Soffea yang kecil. Tanpa lubang itu, seluruh darah tidak dapat dipam ke tubuh badan dan akan bertakung dalam paru paru sahaja.

Ujar Afiqah lagi, Dr Chan menerangkan kepadanya bahawa anaknya itu perlu dihantar ke Institut Jantung Negara untuk pembedahan segera jika ingin terus hidup. Sebagai ibu dan ayah, Afiqah dan suaminya sudah mulai buntu dan tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Tambah Afiqah lagi, seumur hidup mereka tidak pernah terlintas akan mendapat rahmat ujian seberat ini. Dr Chan turut menerangkan bahawa buat sementara waktu ini,Soffea akan dirawat dengan rapi terlebih dahulu di NICU Hospital Sultanah Aminah sementara menunggu “list” IJN yang sememangnya panjang.

Masalah jantung bertambah parah

Sesampai di HSA, Dr pakar jantung kanak kanak memaklumkan kepada kami bahawa masalah pada jantung Soffea bertambah parah kerana lubang yang ada pada jantung Soffea, yang mana selama ini menjadi penyambung nyawa mu itu mulai semakin mengecil. Ini memang lumrah kerana setelah bayi mula bernafas, lubang ini memang tidak lagi diperlukan supaya jantung bayi boleh berfungsi dengan normal.

Tapi tak cukup dengan itu, saluran darah di atas jantung Soffea yang dinamakan Aorta juga dilahirkan dalam keadaan yang sempit dipanggil Long Segment Coarctation of Aorta, sungguh Allah maha kuasa. Keadaan yang sungguh “rare” ini kata doktor Hanafi hanya satu dalam sejuta di Malaysia.

Setelah hampir dua minggu bertarung nyawa di NICU Hospital Sultanah Aminah, Afiqah memberitahu bahawa jasad kerdil anaknya itu terpaksa di idurkan kerana nafas Soffea semakin cepat. Tiub pernafasan terpaksa dipasang supaya dapat mengurangkan penat di dada Soffea.

Afiqah turut memaklumkan dia dan suami perlu mencari RM120 ribu untuk tiga langkah pembedahan. Jelasnya, jumlah tersebut sangatlah banyak dan dia terpaksa memohon sumbangan orang ramai bagi meringankan beban tersebut.

Sumber: Nur Afiqah

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×