Zaman yang serba moden ini menjadikan telefon bimbit perkara wajib yang perlu dimiliki oleh setiap orang. Bahkan, kanak-kanak kecil juga sudah mula didedahkan dengan gajet-gajet seumpama ini sejak mereka bayi lagi. Namun, timbul kerisauan dalam kalangan ibu bapa jika anak mereka akan menjadi ‘hamba’ kepada teknologi ini.
Menerusi persoalan yang diajukan oleh seorang ibu dikenali sebagai NurNajwa Pahimi, bertanyakan kepada ahli kumpulan Anak Sepahkan Apa Hari Ini? bagaimana ibu bapa yang lain mengawal anak mereka dalam penggunaan gajet seharian.
Ibu selalu buat apa?
Menerusi posting tersebut, si ibu bertanyakan tips yang digunakan oleh ibu bapa yang lain jika anak mereka sering kali meminta telefon bimbit untuk menonton video menerusi platfom YouTube. Persoalan itu dibanjiri dengan ratusan komen yang memberikan tips yang mereka lakukan bagi mengelakkan daripada anak mereka menjadi ketagih akan platfom tersebut.
Ada had untuk tengok
Tukar kepada mod YouTube kids
Rancang aktiviti anak-anak
Menerusi ruangan komen, rata-rata ibu bapa memberikan tips-tips yang telah dipraktikkan bagi mengelakkan daripada anak mereka menjadi ketagih untuk menonton video di YouTube. Tidak berakhir di situ, ibu bapa juga mengesyorkan supaya waktu terluang anak-anak diisi dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan fizikal yang secara tidak langsung berjaya menarik perhatian mereka.
Tambahan pula, mod YouTube for kids juga sesuai dijadikan alternatif supaya anak mereka tidak terdedah dengan video-video yang kurang sesuai kerana pihak YouTube telah pun menapis kandungan bagi tontonan kanak-kanak. Ada juga yang berpendapat, tidak salah jika sekali sekala anak-anak diberikan peluang untuk menonton YouTube, tetapi ibu bapa harus bijak dalam mengawal dan menghadkan penggunaan gajet kepada anak-anak mereka.
Sumber: NurNajwa Pahimi via Anak Sepahkan Apa Hari Ini?