Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi. Itu perumpamaan yang sesuai untuk anak-anak pelawak dan usahawan Shuib yang sudah menunjukkan minat untuk masuk ke bidang seni.
Darah seni yang mengalir sudah sebati dalam tubuh mereka ini sejak kecil lagi memandangkan ayah dan ibunya adalah selebriti.
Artikel Berkaitan: ‘Puasa Tahun Ini Sangat Mencabar Untuk Saya’ – Shuib
Tak bagi jadi artis
Kata kepada OhBulan!, Shuib, 37, menyatakan dia tidak cenderung untuk anak-anaknya melangkah masuk ke industri hiburan dan menjadi artis.
Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad berkata dua anaknya iaitu Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin sudah menunjukkan minat serta mempunyai bakat.
Saya sebenarnya dari dulu tak minat benarkan anak-anak saya shooting, nyanyi ke. Maksud saya artis.. saya tak cenderung untuk itu.
Tapi Talita dia ada cakap dia nak menyanyi. Saya fikir kalau dia nak menyanyi, saya rasa dia menyanyi untuk saya je lah kot. Untuk keluarga.
Matin ada bakat berlakon, melawak. Tapi sama juga saya rasa saya tak cenderung untuk mereka jadi artis kot.
Shuib berkata demikian pada sidang media program Diari Daddy yang diadakan secara ‘virtual’ pada Isnin. Diari Daddy ditayangkan selama lima episod pada setiap hari Sabtu jam 5.30 petang di Youtube TV3.
Belum ada jawapan
Ditanya adakah akan kembali aktif selepas bercuti panjang, pelakon filem Abang Long Fadil 2 masih memilih untuk meluangkan masa dengan anak-anak.
Saya tak ada jawapan untuk itu. Saya tak tahu.. Sekarang satu program yang saya buat adalah Diari Daddy.
Untuk ke depan, saya tak ada rasa lagi nak shooting. Saya cuma nak nak stay dengan anak-anak, nak luang masa.
Sekadar info, Shuib dan Allahyarham Siti Sarah berkahwin pada tahun 2011. Hasil perkahwinan bersama, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 7 dan Ayash Affan yang kini berumur tujuh bulan.
Allahyarham Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos tahun lalu selepas melahirkan anak keempat dalam keadaan dijangkiti virus Covid-19.
Sumber: Instagram @shuibsepahtu